Selasa, 18 Ogos 2009

ISU CALON BN DI PERMATANG PASIR

Saudara Pembaca.
Cukup berbaloi, jika timbalan perdana menteri menaggapi respon negetif dari ketua UMNO cawangan ekoran dari isu calon tersebut, yang di katakan bermasalah dari apek guaman. Tak perlu di ulas panjang lebar dan jawapan yang berjela oleh TPM, yang pasti:

APAKAH BN KETANDUSAN PEMIMPIN.

Fikir fikirkanlah.

Isnin, 17 Ogos 2009

JADILAH PEMIMPIN MATANG

PEMIMPIN DAN ISU : LAMBANG KEMATANGAN

Saudara pembaca,
Sejak kebelakangan ini, banyak isu yang di bawa oleh BN merupakan isu yang saya anggap terlalu remeh dan tidak berkualiti, umpamanya kisah antara Dr. lo lo dengan Raja Nong Cik, saya anggap ini adalah perkara yang terlalu remeh, pada hal masalah besar rakyat lebih utama, kalau nak cerita soal tandas dalam kancah politik negara, lebih baik undur diri dari jawatan menteri, malu dan sangat memalukan, apabila seorang menteri bercakap isu dengan nya menerusi cerita nak ke tandas, kepada rakyat tiada masa mempersoal hal seperti ni. Rakyat yang baik akan dapat menghasilkan pemimpin yang baik dan pemimpin yang baik akan melahirkan rakyat yang sangat bijak dan baik. Jadilah pemimpin dan rakyat yang baik, cakap lah yang baik baik, buat lah yang terbaik, biar semuannya menjadi baik. Ini kabenit baru BN... kabinet yang dikatakan yang terbaik, kalau soal tandas menjadi Isu dan cara cakap bagi membanding persoalan sebenar, jangan lari dari kenyataan, apa yang disoal, jawablah apa yang betul dan jangan bawa perkara yang tidak betul bagi menyokong usul menjadi betul.
Pemimpin yang berkualiti dan matang akan membawa isu yang baik.
Bukanlah bergitu, terima kasih kerana membaca.

ARTI KEMERDEKAAN SEMPENA 31 OGOS 2009

Saudara Pembaca,
Selamat menyambut Hari kemerdekaan negara yang akan menjelang beberapa hari lagi. Merdeka negara kita, merdeka adalah suatu kenikmatan yang di perjuangkan dan di kabulkan olleh Allah s.w.t. Kita bersyukur, namun yang paling penting adalah menjaga dan mengisi kemerdekaan itu.
Pengertian Merdeka sangat luas, dan kita mesti jujur kepada diri kita sendiri, apakah sebenarnya kita hari ini merdeka jika :-

1. Sikap tidak mementingkan rakyat semakin berleluasa.
2. Rasuah Menjadi jadi
3. Rakyat menadi penyamun di Negara sendiri
4. Pemimpin tidak amanah
5. kaki tangan kerajaan khianat kepada tugas
6. Pasaranah yang ada tidak di pelihara dengan baik
7. Dadah semakin berkembang
8. Pertelagan sesama pemimpin menjadi jadi
9. ketamakan kuasa menjadi buruan
10.Raja raja di perlekihkan oleh mereka yang tak bertanggungjawab
11.Mencuri Harta kerajaan dan rakyat di pandang ringan
12.Agensi kerajaan menjadi lembik
13. Tugas tidak lagi amanah, melaikan di anggap sebagai beban.
14. Kemeseraan kaum di hilangkan
15. Wakil rakyat mesera berpura pura
16. Rakyat masih dalam kesusuahan
17. pengangguran semakin melambak
18. Pegangan agama semakin longgar
19. Tuduh menuduh semakin menjadi jadi
20. pembunuhan menjadi perkara biasa
21. Wabak penyakit di anggap ringan
22. Penilaian tidak jujur menailai
23. Menilai dengan kepentingan diri dan kumpulan
24. Kroni,kumpulan dan ketamakan menjadi jadi
25. Perasaan malu sudah mula pudar
26. Dasar yang tidak konsisiten
27. Maksiat menjadi jadi secara terang terangan
28. Perjudian haram menjadi amalan
29. Liberalisme di Mahkotakan
30. Kapatlisme berselindung sebagai dermawan
31. Pengswastaan berubah menjadi pengkhianatan
32. Soalan peperiksaan pun boleh bocor
33. Hospital semakin sesak dan pelayanan pesakit sambil lewa
34. Rumah Ibadat di jadikan kubu pergerakan kepentingan tertentu
35. Intitusi kehakiman dicurigakan
36. Perebutan kuasa didahulukan segala galannya.
37. Media tidak bercakap benar
38. Harga barang barang mendadak naik dengan tidak munasabah
39. Setiap muncul hari kebesaran, setiap kalilah harga barang meningkat.
40. Keselesaan hidup rakyat terhimpit
41. Keuntungan diri segala galnya
42. Masyarakat menjadi nafsi nafsi
43. Harga diri tidak penting, yang penting segala galanya duit
44. Pelajar, mahsiswa dan siswi bermaksiat di kampus, bukan kampus tempat penumpuan mendapatkan Ilmu, dan keputusan ujian juga diragukan.
45. kemahiran semakin merosotan dan kualiti di abaikan,keuntungan diutamkan


.....................inikah makna Kemerdekaan, jika tidak
bukanlah maknanya masih di jajah.........................
fikir fikirkan lah ? dan lebih adil lihat lah di sekeliling kita
dan berlaku adillah dengan melihat perkara perkara yang
telah di sempurnakan sebagai memenuhi makna kemerdekaan
dan anda perlu senaraikan satu persatu, senarikanlah dengan
penuh adil, lantas sekali lagi fikir fikirkanlah.

ADAKAH INI DI MAKSUDKAN RAKYAT DI DAHULUKAN ?

Saudara Pembaca,
Malaysia Aneh, pengusaha,pengedar topeng muka di Malaysia macam dah tak ada muka, menjijikan,menjengkilkan,memuakan, dan memalukan. Mereka tak punya perasaan sedang Negara Menghadapi H1N1, harga di naikan berlipat kali ganda.Adakah ini di maksudkan rakyat di dahulukan ? Adakah cakap Perdana Menteri dah Tak laku lagi ? Cakap Timbalan perdana menteri dah Basi ? Sungguh memilukan rakyat dan sungguh memalukan pemimpin, dan tak payahlah nak di ulas panjang lebar.

Fikir fikirkanlah.
Ya Allah selamatkan negara ini
dari pembohong pembohong yang gila kuasa dan kekayaan.

BUNGA PERGELUTAN = MENGUNDANG FINOMINA RUSUHAN DI MALAYSIA

Saudara Pembaca,
Pendekatan Politik Malaysia semakin kritikal, saya menilai bermula pertengkaran di Parlimen dengan bahasa bahasa yang tidak menyenangkan hinggalah kepada demontrasi jalanan, dari demontrasi timbullah aksi antara para demonstran dengan penguasa polis, akibatnya banyak harta awam menadi sasaran, manusia yang disekitarnya juga menerima akibat kecerderaan. Bunga Pergelutan yang berpanangan ini akan mengundang finomina kehuru haraan, akibatnya negara tak tentera dan perubahaan kuasa akan terjadi.

Adakah sampai di situ saja ? Pasti perulangan akan teradi dan berulang ulang terjadi, rakyat akan sengsara, ekonomi berjalan tak sempurna, rakyat menjadi ketakutan akhirnya samapi kepada kelimax campurtangan asing,.....adakah mereka mereka itu dan ini!!!!!! bersikap tulin sayangkan negara, mengapa tidak finomina ini diganti dengan cara yang lebih baik, yang menyebabkan keselamatan negara tidak tergugat.

Jika kesemuanya tidak boleh bertolak ansur kepada kesan untuk kepentingan rakyat, maka hanya satu intitusi yang tinggal bagi menyelamatkan kuasa dan ketenteraman rakyat iaitu, kedaulatan raja, dan dulu pun kedaulatan raja raja pernah di masalahkan, politik di gunakan untuk mempengaruhi rakyat seolah olah raja raja terlebih kuasa, kini rupa rupanya bukan raja raja yang terlebih kuasa, melainkan permainan politik yang melebih lebih, sehingga tidak dapat membezakan kepentingan awam, dan mereka terdorong kepada kepentingan parti dan kuasa,akhirnya nanti politik dan kuasa , parti dan pemimpin pemimpin parti, tidak perlu juga gusar apabila,,,,,,,,

Allah Menurunkan Musibah kepada Mereka.
Berpada padalah berpolitik, Beramanahlah kepada kuasa yang di beri,
Jujurlah kepada rakyat, akhirnya Pergelutan akan mengundang
petaka itulah kemusnahan.
Fikir fikirkanlah.Insaflah,

SPRM AKAN SIASAT SEMULA ORANG POLITIK ! ; KEBENARAN BUKANLAH SESUATU YANG BERPIILIH

Saudara pembaca,
Beberapa hari yang sudah Pengarahnya memaklumkan akan membekukan siasatan terhadap orang Politik, sedangkan semalam pula Timbalan Pengaranya memaklumkan siasatan terhadap orang politik akan di teruskan, tentu ini ada kaitan dengan reaksi balas orang politik dalam Bn yang menaggapai kenyataan pengarah tersebut. Sebelum ini saya mengandaikan adanya maksud tersirat dari SPRM menerusi apa yang di nyatakan oleh Pengarahnya, tetapi menerusi kenyataan yang kedua ini, ada tindak balas dari kenyataan orang Politik dalam UMNO dan kerajaan yang seoalah olah tidak senang jika siasatan terhadap orang politik itu di bekukan, maka mereka SPRM akan meneruskan siasatan kembali terhadap orang politik.

Saya jadi pelik pula dari insiden ini, apa pula sebenarnya kemahuan SPRM, jika di tinjau dari kuasa, maka kuasa sprm itu sangat besar, jika di tinjau dari tugas memanglah tugas tersebut mencabar, dan tidak boleh di asingkan samada perlu di siasat sesuatu perkara atau tidak,ini membayangkan seolah olah sebagai pancingan politik antara sprm dengan orang politik BN atau bangaimana ? atau mereka sendiri merasa gegabah ? atau benarlah telah pertama saya ada yang tersirat ibarat senjata memakan tuan ? atau apa yang sedang terjadi dalam sprm dengan kerajaan dan orang politik......akhirnya siapa pula yang akan siasat.
Rupa rupanya selengkap mana kuasa di berikan, secantik mana cara susunan kerja, secekap mana ditubuhkan suruhanjaya itu dan ini,pasti tidak menemukan jawapan yang benar, jika kita sendiri yang mengundang kecurigaan rakyat kepada badan yang telah diberikan kepercayaan, dan fikir fikirkanlah
untuk kepentingan rakyat
dan kebenaran bukanlah sesuatu
yang berpilih, SEBALIKNYA KEBENRAN ITU ADALAH HAQ
FIKIR FIKIRKANLAH.

Ahad, 16 Ogos 2009

LIHAT APA YANG TERSIRAT : SPRM MEMBEKUKAN SIASATAN KE ATAS ORANG POLITIK

Saudara Pembaca,
Jika kenyataan yang di buat oleh orang penting dalam SPRM di pringkat tertinggi untuk mebekukkan siasatan ke atas orang Politik, lihatlah secara yang tersirat !!!!!!, dan yang tersurat semuuannya sudah memaklumii, tetapi yang tersirat tidak semua yang tahu dan boleh di beri tahu.
Kenyataan ini kepada saya sebagai satu isyarat yang di buat oleh SPRM untuk rakyat. Rakyat se olah olah di beri tahu yang orang politik itu sudah terlalu membentuk hiruk pikuk dalam sprm, sehingga SPRM menggangap ia sebagai tuduhan tuduhan kepada mereka, namun apa yang merangsang kenyataan klamix itu di buat. Mungkin kah ini sebagai satu petanda isyarat kepada rakyat, se olah olah di perlukan refom baru dalam Negara, bermula dari keberanian dan kuasa yang ada pada sprm. Mungkin juga ini sebagai pintu untuk membuka segala pekong yang tersembunyi yang tidak mungkin di beberkan kepada rakyat, dan namun massej itu telah sampai jelas kepada rakyat, dan rakyatlah yang mentafsir dan menilainya.

Fikir fikirkanlah. Apa yang tersurat dan tersirat
dari kenyataan itu.