Isnin, 31 Ogos 2009

52 tahun Negara Merdeka : Coba Tengok ?

Saudara Pembaca
Negara kita Merdeka sudah 52 tahun, coba tengok ? Mengapa agenda perpaduan kaum mejadi laungan yang tidak pernah berakhir, dari mula merdeka kita di suruh bersatu, tenyata rakyat sudah pun bersatu, dan kemerdekaan kita kecapai, hari ini kita juga di suruh bersatu, tetapi rakyat tetap dalam keadaan miskin ? yang kaya megah leberalisasinya, dan kapatalisnya, tapi yang miskin tetap dengan idealisnya..........apa sebenarnya yang perlu di betulkan, jika saya di tanya jawapannya adalah mudah, sesungguhnya rakyat tidak berpecah belah, melainkan pemimpin yang membuat olah dan dan keonaran pemimpin itu adalah terlalu melampau. Mereka kaut untung dengan jalan yang salah, mereka sendiri memecah belahkan rakyat, mereka sendiri yang ada kepentingan sehingga rakyat di mangsakan, selepas itu mereka berteriat;

RAKYAT PERLU SEPAKAT
RAKYAT PERLU BERSATU PADU
RAKAYAT PERLU INSAF
RAKYAT BERLU BERSYUKUR

SANGAT sangat mengaibkan jika tradisi ini diulangi oleh pemimpin, sedangkan kita sudah merdeka 52 tahun, dan rakyat sudah tahu, dan cobalah tengok , berlaku adillah kepada rakyat, yang hari ini terus menderita dengan;-

1, Pendapatan yang menjunam
2. Harga barang yang melambong
3. Keamanan yang tergugat
4. Keikhasan yang sudah menipis
5. Cukai itu dan ini yang tidak munasabah
6. Pendapatan dan perbelanjaan negeri yang dibelanjakan secara tidak bijaksana
7. Ancaman dalaman yang terus menerus disamping dasar yang tidak konsisten

Coba tengok sikit dan banyak banyak terhadap hal ini,
Barulah boleh dikatakan kebenarannya Rakyat di dahulukan, sedangkan inilah hasil
52 tahun Merdeka.

Fikir fikirkanlah

APA DAN SIAPA PERLU SEPAKAT ?

Saudara Pembaca,
Merentasi saranan Timbalan perdana Menteri seperti berikut:

Rakyat perlu kembali sepakat - TPM

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Rakyat berbilang kaum di negara ini perlu kembali bersepakat dan meletakkan keyakinan terhadap Rukun Negara yang menjadi asas kepada pembentukan negara merdeka dan harmoni, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat harus sedar bahawa tempoh 50 tahun akan datang membawa bersama cabaran lebih besar yang menuntut semua kaum bersepakat dan saling mempercayai untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut.

Beliau menegaskan, kesemua halangan itu tidak akan menjadi sukar sekiranya rakyat berusaha keras menjayakan gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kesemua cabaran dan rintangan itu dapat diatasi dan negara akan dapat mengekalkan keharmoniannya jika agenda pembangunan negara bangsa selepas 52 tahun merdeka menerusi gagasan 1Malaysia dijayakan.

"Tempoh 52 tahun merdeka sepatutnya menjadikan kita matang dan sentiasa berhati-hati mengelak kerencaman penduduk pelbagai bangsa dan agama daripada terusik dan terjejas sehingga mengeruhkan keadaan," katanya dalam perutusan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-52 di sini hari ini.

Muhyiddin dalam pada itu turut mengingatkan rakyat agar berwaspada dengan anasir tertentu yang mahu melihat keharmonian negara tergugat.

Beliau berkata, pihak berkenaan tahu kunci utama untuk memastikan Malaysia tergelincir dari landasan kemerdekaan adalah kerapuhan hubungan kaum di negara ini.

"Sebab itu isu-isu tersebut disentuh dan diapi-apikan biar pun hakikatnya rakyat pelbagai kaum negara ini sememangnya hidup aman damai dan saling menghormati.

"Lebih serius lagi, persetujuan yang terpateri dalam Perlembagaan Persekutuan dipertikaikan sedangkan dalam keadaan negara mencapai usia 52 tahun merdeka, perkara tersebut sepatutnya telah difahami dan diterima tanpa syak wasangka," ujarnya.

SAYA MENAGGPI ISU INI DENGAN KENYATAAN BERIKUT;

1. SIAPA YANG TAK SEPAKAT.........PEMIMPIN ATAU RAKYAT
2. SIAPA YANG MEMBENTUK KRONI .......PEMIMPIN ATAU RAKYAT
3. LAHIRNYA MELAYU KAYA .... ATAS ACUAN PEMIMPIN ATAU RAKYAT
4. TERBENAMNYA MELAYU MSIKIN..... SEBAB PEMIMPIN ATAU RAKYAT
5. CINA DAN INDIA TAK PUAS HATI......SIAPA YANG PERLU JAGA HATI RAKYAT ?
6. 50 TAHUN YANG SUDAH RAKYAT BERI KEPERCAYAAN....BAGAIMANA NASIB PEMIMPIN DAN BANGAIMANA NASIB RAKYAT
7. 50 TAHUN YANG AKAN DATANG PEMIMPIN NAK AJAK RAKYAT SEPAKAT

.............RUPA RUPANNYA KAJIAN UNTUK PEMIMPIN MALAYSIA MENSEPAKATKAN RAKYAT MALAYSIA MEMAKAN MASA 100 TAHUN.........APAH ITU PEMIMPIN, JIKA IDEA UNTUK RAKYAT ATAU IDEA UNTUK PEMIMPIN ITU BERULANG ULANG.....INI RUPA RUPANYA
DI SEBALIK SIAPA DAN APA MAKNA SEPAKAT!!!
JOM HEBAH ! JOM HEBOH
FIKIRKAN APA DAN SIAPA
YANG TAK SEPAKAT
YANG BERPAKAR
TUMBANG SANA
TUMBANG SINI
CANTAS SANA
CANTAS SINI
AKHIRNYA
ITULAH
DAPATNYA
FIKIR FIKIRKANLAH.

Ahad, 30 Ogos 2009

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! LAUNGAN MELAYU BATU PAHAT: MANA BANGUAN MENCAKAR LANGIT MILIK MELAYU

Saudara Pembaca,
Anak Muda Melayu di Dataran Batu Pahat, melaungkan jeritan merdeka, suaranya keras dan semangat, tapi satu bangunan Melayu mencakar langit di daerah Batu Pahat yang miliknya di punyai oleh orang Melayu secara Individu langsong tiada, Merdeka apa !
Mana Dewan Perniagaan Melayu ?
Mana Persatuan persatuan Melayu ?
yang ada bangunan kerajaan Wisma Persekutuan
Pejabat tanah dan pejabat kerajaan ?
Merdeka apa ?
Mana janji Penguasa membina imej Melayu ?
Mana keupayaan perpaduan dan kekayaan Melayu di tanah air sendiri ?
Mana ?
yang hanya ada jeritan basi saja ?

fikir fikirkanlah! berapa tahun dah Merdeka ?

PEJABAT TANAH BATU PAHAT : SUBAHAT OPERASI KUARI HARAM ?

Saudara Pembaca,
Saya kecewa dengan sikap penguasa khususnya pejabat tanah batu Pahat, Johor, yang telah buta mata melihat tumbuh kuari haram menjangkau kira kira 20 tahun lamannya di batu Pahat. Siapa yang kenyang memakan hasil haram itu, siapa pula yang menghirup udara kotor di kawasan tersebut, iaitu di kawasan berhampiran kampong petani, jalan minyak Beku Batu Pahat. Pengusaha yang mengusahakan kuari tersebut di lengkapi oleh mesin kuari, dan saya di fahamkan lesen yang di beri oleh kerajaan kepada syarikat tersebut adalah lesen pindah Batu, dan bukannya lesen kuari, ini bermakna kerajaan telah kerugian berjuta ringgit akibat dari kebutaan mata penguasa, dan ini adalah sebahagian dari masalah yang selalu di anggap ringan oleh mereka. Seharusnya pejabat tanah perlu mensita harta yang terdapat di kawasan tersebut, tetapi sehingga kini dibiarkan sahaja, apakah itu namanya tidak bersubahat, siapa yang untung dan siapa yang rugi dalam hal seperti ini ?

Fikir fikirkan lah,
Sebab itulah Johor bakal menjadi negeri semakin
Miskin kerana banyak perompak berlesen ?

IDENTITI BANGSA : KECURANGAN DAN PENGKHIANATAN

Saudara Pembaca,
Saya berpendapat sesungguhnya jika ada pihak yang menghapuskan pengenalan bangsa di dalam apa apa penyata dan kenyataan rasmi adalah Pengkhianat. Sebagai orang Melayu tentu saya tidak mahu saya di kenali sebagai bangsa lain, jika saya orang Melayu di sebut sebagai bangsa Malaysia itu adalah sangat salah, tidak saja bersalahan dalam arti kata ilmu, malah di anggap usaha menghapuskan sesuatu bangsa. Jika di Kad Pengenalan saya di catatakan Bangsa jawapannya adalah bangsa Melayu, jika di surat kelahiran pun mesti begitu, adalah tidak betul jika di panggil sesuatu bangsa itu sebagai Bangsa Malaysia.
Jika diperkatakan warganegara saya, jawapannya adalah saya berwarganegara Malaysia, namun sejak beberapa tahun yang lepas sehingga kini ada pemimpin tertentu di dalam negara ini, jika menyampaikan ucapan menyebut dengan perkataan bangsa Malaysia, ini lah yang di sebut sebagai pencabulan hak asasi sesuatu bangsa. Biarkanlah jika ia berbangsa melayu di sebut bangsa melayu, dan jika India dengan bangsa India, atau Cina dengan bangsa Cina. Identiti bangsa Mestiah di pelihara, jika tidak ianya akan memadamkan identiti sesuatu bangsa itu dalam sejarah warisannya.

Fikir fikirkanlah.

COBA KAJI APA SEBABNYA ?

Saudara Pembaca,
Pelik juga 90% penderita h1n1 di Medan Indonesia pulih sendiri, apa rahsianya cobalah kaji ?
Lihat kenyataan ini;

Fikir fikirkanlah

90% penderita flu babi sembuh dengan sendirinya
Warta - Sumut
PRAWIRA SETIABUDI
WASPADA ONLINE

(Waspada Online)

MEDAN – Kepala dinas kesehatan (dinkes) Sumatera Utara (Sumut), Candra Syafei, mengakui, penderita flu babi (H1N1) yang terjadi di Sumut, sembuh dengan sendirinya tanpa ada perawatan yang lebih intensif.

“Sekitar 90 persenlah penderita H1N1 di Sumut dapat sembuh dengan sendirinya,” ungkapnya kepada Waspada Online, tadi pagi.

Candra mengatakan, penderita H1N1 di Sumut yang telah menjalani perawatan di RSUP.H.Adam Malik Medan dan juga yang hanya menjalani perawatan observasi di rumah telah sembuh dengan sendirinya.

Perbedaan yang cukup menyolok antara flu burung dan flu babi, sebut Candra, jika flu burung membahayakan manusia dan harus dimusnahkan atau dibunuh.

Sebaliknya, flu babi masih bisa diobati dan tidak perlu dibunuh. "Gejala kena penyakit flu babi itu cuma pileg-pileg dan tidak mau makan. Penyebarannya melalui udara. Itu masih diobati sehingga bisa disembuhkan. Bahayanya kalau tak diobati," ujarnya.

Walaupun virus H1N1 di Sumut saat ini sudah mereda, tambah Candra, tetapi dinkes masih menganjurkan warga Sumut untuk selalu waspada, dan terapkan pola hidup sehat, ini semua merupakan salah satu langkah antisipasi terjangkit virus flu babi .
(dat03/wol-mdn)

MENCARI SALAH ATAU MEMBETULKAN MASALAH

Saudara Pembaca,
Harian Waspada Indonesia memetik beberapa kenyataan mengeni anak muda di Malaysia tak tahu mengeni seks, atau setepatnya kenyataan itu adalah seperti berikut;-

Anak muda Malaysia 'buta seks'
Warta - Warta Fokus

WASPADA ONLINE

Meski pendidikan di Malaysia tergolong maju, namun tidak demikian dengan pendidikan seks. Separuh anak muda di Negeri Jiran itu bahkan tidak tahu apa saja organ reproduksi dan tidak tahu bagaimana bayi bisa dilahirkan.

Tak disangka, tapi itulah hasil survei Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Malaysia. Mereka menemukan dua dari lima anak muda Malaysia tidak tahu bagaimana janin berkembang. Sebagian besar dari responden juga tidak tahu organ reproduksi lelaki dan perempuan.

Survei yang dilakukan terhadap 1.700 responden berusia 13 hingga 24 tahun itu pun menunjukkan bagaimana anak muda Malaysia 'buta' akan hal-hal mendasar soal seks dan kesehatan reproduksi. Anak muda yang disurvei berasal dari berbagai kalangan, mulai dari yang tinggal di kawasan kota hingga desa di seantero Malaysia.

"Inilah saat untuk menyikapi kurangnya pengetahuan dan kesadaran tentang seks," kata Direktur Jenderal LPPKN Datuk Aminah Abdul Rahman seperti diberitakan New Straits Times, hari ini.

Survei yang digelar LPPKN setiap 10 tahun ini juga menguji pengetahuan anak muda Malaysia tentang HIV/AIDS, penyakit seksual menular, dan alat kontrasepsi. Hasilnya, anak muda berusia 20 hingga 24 tahun justru minim pengetahuan seks jika dibandingkan dengan ABG berusia 15-19 tahun.

"Kita tidak bisa seperti seekor burung unta yang menyembunyikan kepalanya, menyangkal masalah itu sepanjang waktu," tandas Datuk Aminah.

Hal senada juga ditegaskan oleh Profesor Low Wah Yun dari Universiti Malaya. Menurut Low, sudah waktunya untuk bertindak cepat mengatasi kurangnya kesadaran anak muda Malaysia akan pengetahuan soal seks.

Pada tahun 2006, dalam suatu penelitian serupa terdapat 25 persen anak muda yang menyatakan seorang perempuan bisa hamil hanya dengan berbagi ranjang dengan seorang lelaki. Sementara itu, 13 persen responden mengaku tidak yakin bahwa seorang perempuan bisa hamil dengan tidur berdampingan dengan lelaki. Saat ditanya apakah perempuan bisa hamil saat pertama kali berhubungan seks, lebih dari 10 persen responden menyebut 'tidak' dan 3 persen menyatakan tidak tahu.
(dat06/inilah)

JIKA INI YANG DI MAKSUDKAN , saya melihat apa yang perlu dilakukan oleh kepelbagai kementerian di negara ini, mapun keluarga, jika tidak ianya bakal mengundang parah, dan fikir fikirkanlah.