Selasa, 25 Ogos 2009

KARTUNIS,USIK,BISIK,,SEKAT DAN AKHIRNYA TANGG......?






Saudara pembaca,
Expirasi Kartunis terhadap pemimpin, mengakibatkan halangan di kenakan kerana ianya di anggap bertentangan dengan aprisasi pemimpin itu atau orang di kelilingnya. Jadi ini lah nasibnya bila cetakkan di buat, akhirnya rampasan dikenakan, sementara itu kelulusan lisan di berikan, itu bukan jaminan yang ianya akan selamat, ini adalah yang di sebutkan antara ayam dan telur, siapa dulu ?

Kebebasan berkartun, adalah ukuran fomulitik yang tidak seserius gerakan masssa, namun ia di khwatir oleh penguasa, ini adalah suatu petanda bahaya sedang menanti, dimana adalah terlalu sensetif dan kritis kedudukan politikus di negara ini, termasuk kedudukan PM, yang telah dirupa bentukkan oleh tiindakan penguasa sendiri,

Fikir fikirkan sebelum........?

Isnin, 24 Ogos 2009

TAK AMBIL IKHTIBAR: MASIH BERCAKAU

Saudara Pembaca,
Sesiapa yang menentang hukum Allah, apa akibatnya ? maka sangat beratlah akibatnya,
Jika Kita mengistiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam maka kena jujurlah, adakah perbuatan dan amalan Islam itu telah di penuhi ? Lihatlah kenapa masih ada Lesen Judi di benarkan, dan ada pula tempat tempat khusus boleh bejudi, ada juga yang jual judi haram, yang tak berlesen di tangkap, manaka yang berlesan tak di tangkap, ini ibarat cerita yang melucukan,namun sangat membodohkan. Kenapa lesen arak tidak di haramkan, sedangakan Islam telah melarang perbuatan itu, jika pemerintah di teraju oleh orang islam dan pemimpin Islam, manakala perbuatan haram tidak di larang, ini maknannya bersubahat, jelas tempat maksiat juga di beri lesen, tapi maksiat itu memang di larang, tahukan anda pengeritian maksiat secara luas ? Jika kita cakap tak boleh dan yang tak boleh itu di buat, malah ini sangat mempersenda agama Islam, sebab itulah suasana di Negara ini sentiasa bercakau, sebab mereka masih tak ambil ikhtibar,

Fikir fikirkanlah.

Ahad, 23 Ogos 2009

BERGELUT DAN BERSALUT DALAM WARNA PERJUANGAN POLITIK MALAYSIA

Saudara Pembaca,
Moral Politik adalah kejujuran, sikap bertanggungjawab, prihatin dan bertindak untuk mengubah nasib rakyat yang di pimpin.Kini dan akhir ini seperti juga dulu, yang semua bandingannya berubah ubah, iaitu politik di sertakan dengan Fitnah, cerca caci maki, mengumpat, yang menyakitkan hati dan perasaan di pihak yang lain atau kedua duanya akan terus bersakit hati dan perasaan. Kenapa jalan ini di ambil ? ada di antaranya mengaggap dunia politik adalah provokasi, cari jalan untuk menang, dapat kuasa, perintah negara, kumpulkan kekayaan. Semuannya itu aka n tercapai dengan bermodal.

Modal mesti di bayar, timbulah politik wang dan setelah menang berkembanglah rasuah, dan rasuah itu adalah menindas di satu pihak kepada pihak yang lain, samada di sedari atau tidak di sedari. Sekali merasa wang rasuah semacam ada candu, hendak pula kali kedua, dan setrusnya pemimpin menjadi penerima rasuah berkali kali, tanpa menyedari banyak mata mata mengintai prilaku mereka. Ini lah moral politik yang sering kita dengar; iaitu mengatas namakan aktiviti parti dan ahli parti Bos Nak Duit, buat aktiviti itu dan ini, manakala si pemberi rasuah pula gelojoh dengan projek dan berharap dari apa yang dia berikan dia pula akan mendapat berlipat kali ganda keuntungan, ini lah yang namanya tamak.

Adakah sampai di situ moral politik, tentunya tidak ia terus berkembang sepertimana anjing yang sudah kebiasaan makan tahi, akan tetap sukakan tahi, maka lalat lalat pun melangau di atas tahi itu, sebagaimana melangaunya pengumpan rasuah apabila apa yang di rasuahnya itu tidak didapatkan, Bermulalah Adegan bongkar membongkar rashia. Rupa rupanya terkumpula diary yang mencatat prilaku pemimpin itu seperti:-
tidak disogokan duit saja, tapi di umpan dengan perempuan yang cantik cantik, tidak sekali, malah berkali kali, dan dengan berkali kali lahir prilaku sex liar sesama mereka, dan tanpa mereka sedari pelbagai rakaman terhadap mereka tidak di buat, akhirnya dijajakan kesana kemari, Mari mari mari, mari mari mari ada cerita panas !

Cerita yang panas itu tak sampai di situ, dendam sesama mereka bermula dan guling mengulingkan terjadi semata mata untuk mempastikan orang yang tertentu di jatuhkan, kerana keaipannya telah dibongkar. Maka timbullah aksi malu memalukan, dan pentas itu di atas dada media, lebih lanjut bermulalah adegan Makamah, naik turn makamah, tetap akhirnya ada keputusan, yang menang dan kali.

Penghujung dari jawapan itu adalah penjara, penghujung dari dendam itu adalah pembunuhan, Penghujung dari cerita itu tiada kesudahan, kerana apa?

Kerana apa ? Kerana mereka ketepikan Iman dalam berjuang
mereka di bakar nafsu serakah.
Mereka lupa tentang
apa yang disebut kematian
mereka lupa ada pembalasan
mereka lupa talkin kematian
mereka lupa pada Allah yang menjadikan
Mereka lupa AZAB dan siksaan yang telah di sediakan
KERANA MEEKA BERGELUT DAN BERSALUT DALAM WARNA POLITIK JAHIL

Fikir fikirkanlah
dan bertobatlah di bulan yang penuh magfirah ini
Ramadhan Al Mubarak, berada di gerbang dan
setahun hanya sekali, rebutlah peluang ini
fikir fikirkanlah
sebelum akal mati
tak boleh berfikir lagi.

Sabtu, 22 Ogos 2009

MANUSIA MALANG PROJEK MALANG

Saudara Pembaca,
Alangkah sangat bertuah, apabila setiap ummat manusia boleh berlaku jujur ? Jika manusia itu di isi dengan kejujuran banyak masalah akan selesai. Sebab itulah sebelum di jayakan apa apa gerakan dan pembangunan, maka terawal haruslah manusia itu di bangunkan dengan pengisian yang tepat dan betul. Sebagai conto jika negara kita di bangunkan dengan projek mega, maka rakyatnya bangga dengan pembangunan itu, dan pemimpinnya pula tidak ada kepentingan diri di atas pembangunan mega yang dicadangkan itu. Malangnnya jika pembangunan di jayakan oleh pemimpin, dengan tujuan kaut untung bagi diri sendiri dan kumpulan, maka pa saja pembangunan yang diciptakan dan yang di bangunkan itu menjadi tidak berkat, maka penghujung dari pembangunan itu tidak menjadi sesuatu yang di anggap membangun, tetapi ianya akan bertembung dengan masalah demi msallah, seperti yang hari ini dapay di nilai terhadap bangunan bangunan yang di bangun atas wang rakyat, yang ada penyimpangannya, beraakhir dengan masalah dan ini lah renungan untuk ramdhan ke 2 tahun ini, yang terlintas di fikiran saya untuk di tuangkan dan di fikir fikirkanlah.
Selamat fikir fikirkanlah.

Khamis, 20 Ogos 2009

ANDA FIKIR ISU PERKAUMAN MELAYU DAN CINA: MALAYSIA DAN SINGAPURA

Saudara Pembaca,
Jika anda orang Melayu cuba fikirkan bagaimana Nasib Melayu di singapura dan di Malaysia pada ini, jika anda orang cina, anda juga perlu berfikir bagaimana cina Malaysia dan cina singapura masa kini; artikel dibawah ini boleh merangsang kita untuk membuat penilaian secara objektif. Berlaku jujurlah di dalam menilainya;-

MM Lee: S'pura akan jatuh jika kita lupa titik mula

Menteri Pembimbing, Encik Lee Kuan Yew, menyertai perbahasan usul Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Viswa Sadasivan, berhubung Ikrar Negara di Parlimen kelmarin. Berikutan sedutan ucapan beliau.

ENCIK Rajaratnam mempunyai banyak nilai kebaikan di tengah-tengah gundah gulana ekoran daripada rusuhan kaum apabila kita dikeluarkan dari Malaysia.

Melayu kita di Singapura agak khuatir kerana kini kita (kaum Cina) adalah kaum majoriti, kita (kaum Cina) sebaliknya akan melayani sebagaimana kaum majoriti Melayu (di Malaysia) melayani kita.

Beliau melakar kata-kata ini dan menonjol daripada yang lain. Beliau seorang idealis yang baik.

Drafnya datang kepada saya; saya potong mana yang tidak boleh dicapai, dan Ikrar yang ada sekarang ialah hasil beliau setelah saya memotongnya.

Apakah ia? Satu ideologi? Tidak, ia satu aspirasi. Bolehkah kita mencapainya? Saya tidak tahu. Kita harus terus mencuba. Adakah kita satu bangsa? Dalam peralihan.

Rujukan telah dibuat mengenai Perlembagaan. Perlembagaan Negara menyuruh kita secara khusus menjaga kedudukan kaum Melayu dan kaum minoriti lain.

Artikel 152 berbunyi: 'Kaum minoriti dan kedudukan istimewa kaum Melayu. Menjadi tanggungjawab Pemerintah secara kerap untuk menjaga kepentingan kaum minoriti dan agama di Singapura.

Pemerintah akan melaksana fungsinya dengan cara yang mengiktiraf kedudukan istimewa kaum Melayu, yang merupakan orang asal Singapura dan, sewajarnya menjadi juga tanggungjawab pemerintah melindungi, menjaga, menyokong, memupuk, menggalak kepentingan politik, pendidikan, agama, ekonomi, sosial dan budaya serta bahasa Melayu.'

Dan mengenai agama orang Islam, Artikel 153: 'Badan Perundangan harus di bawah undang-undang, memberi laluan kepada mengawal ehwal agama Muslim dan membentuk sebuah majlis untuk menasihat Presiden dalam hal-hal agama Islam.'

Perlembagaan kita menyatakan secara jelas bahawa adalah tanggungjawab Pemerintah untuk tidak melayani semua secara saksama. Ia bukan realiti, ia tidak praktikal, dan ia akan membawa kepada kerosakan besar jika kita berusaha atas dasar tersebut (iaitu melayani semua secara saksama).

Jadi Ikrar itu ialah satu aspirasi. Ini kerana orang-orang Melayu telah maju dan ramai yang telah menyertai golongan pertengahan dengan ijazah universiti dan kelayakan profesional, kita telah meminta Mendaki agar mereka bersetuju untuk tidak mempunyai hak istimewa pendidikan percuma di universiti, tetapi menggunakan yuran yang mereka berhak dapat dan gunakan wang itu untuk membantu lebih ramai orang Melayu yang memerlukan.

Jadi kita sedang berusaha mencapai satu kedudukan di mana terdapat satu tahap permainan setara bagi semua, tetapi ia perlukan masa berdekad-dekad, mungkin berabad-abad, dan kita mungkin tidak sampai ke sana.

Sekarang saya akan bacakan Perlembagaan Amerika.

Perenggan kedua mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan pada 4 Julai, 1776 berbunyi: 'Kami berpegang pada kebenaran-kebenaran bahawa adalah terbukti dengan sendirinya bahawa semua orang dicipta sama, dan mereka dikurniakan oleh Pencipta mereka dengan beberapa hak yang tidak terpisah, dan antaranya ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Dan untuk mendapat hak-hak itu, Pemerintah dibentuk di kalangan manusia, mendapat kuasa yang adil daripada mereka yang diperintah.' Itu pada 1776.

Perlembagaan Amerika Syarikat yang diluluskan beberapa tahun kemudian berbunyi: 'Kami, rakyat Amerika Syarikat' (ini merupakan kata pendahuluan) 'untuk membentuk sebuah Kesatuan yang lebih sempurna, mewujudkan keadilan, melindungi kedamaian domestik, menyediakan pertahanan bersama, menggalak kebajikan umum dan mendapat restu dan kebebasan bagi kami dan generasi akan datang, memerintahkan dan mengukuhkan Perlembagaan Amerika Syarikat.'

Ia tidak menyentuh tentang kaum kulit hitam akan dilayani dengan berbeza. Namun kaum kulit hitam tidak mendapat mengundi hingga berdekad-dekad kemudian.

Pengasingan kaum tidak berakhir sehingga Gerakan Hak Sivil pada 1960-an dengan Martin Luther King dan ucapan terkenalnya 'We Dare To Dream'.

Rusuhan besar berlaku, dan akhirnya, Presiden Lyndon Johnson meluluskan Akta Hak Sivil pada 1964. Dari 1776, setelah lebih 200 tahun barulah seorang kaum kulit separuh hitam Amerika menjadi Presiden.

Rakan saya berkata bahawa kita cuba memasukkan bod pepaku bercorak empat segi ke dalam lubang bulat. Bolehkah kita membuat bod pepaku itu sama? Tidak.

Anda sarankan kepada kaum Melayu bahawa kita mansuhkan peruntukan (Artikel 152) dalam Perlembagaan, anda akan mendengar rasa kurang senang.

Kita mulakan berdasarkan bahawa ini adalah realitinya: Kita tidak boleh mendapatkan seorang menteri Cina atau menteri India untuk mendesak ibu bapa Melayu supaya menjaga anak-anak perempuan mereka dengan lebih teliti dan tidak hamil semasa remaja, yang membawa kepada perkahwinan yang gagal.

Bolehkah AP Cina atau AP India berbuat demikian? Kaum Melayu akan berkata kepadanya: 'Anda cuba campur tangan dalam kehidupan peribadi saya.'

Tapi kita (Pemerintah) telah membiayai Mendaki dan Muis (Majlis Ugama Islam Singapura), dan mereka mempunyai jawatankuasa untuk cuba mengurangkan bilangan remaja nakal jahat sedemikian.

Cara Singapura mengecap kemajuan ialah melalui pendekatan berperingkat-peringkat yang realistik. Kita mungkin mengambil masa berkurun-kurun lamanya sebelum kita capai kedudukan serupa di Amerika.

Mereka pergi berperang, kaum kulit hitam dan putih bersama. Dalam Perang Dunia I, kaum kulit hitam tidak membawa senjata, mereka membawa peluru, mereka tidak diberi penghormatan untuk berjuang. Dalam Perang Dunia II, mereka kembali, bekas-bekas GI - mereka yang berjaya ke universiti diberi geran GI - mereka kembali ke tempat ghetto kaum kulit hitam dan kekal di sana. Hari ini masih ada kawasan ghetto kaum kulit hitam.

Inilah realitinya. Perlembagaan Amerika tidak berkata yang anda akan melayani kaum kulit hitam berlainan cara tapi Perlembagaan kita menyatakan tanggungjawab Pemerintah ialah melayani kaum Melayu dan kaum minoriti lain dengan lebih teliti.

Jadi dasar yang digunakan NMP itu bagi hujahnya tidak benar dan lemah.

Ia sama sekali tidak benar, ia langsung tidak mempunyai asas. Saya berfikir dalam diri sendiri, mungkin saya harus kembalikan Dewan ini kepada realiti dan mengingatkan semua titik permulaan kita. Jika kita tidak mengenal dari mana kita mula, kita akan gagal.

Tiada siapa yang boleh bercakap dengan pengetahuan yang saya ada; saya tahu keadaan semasa Ikrar itu dibuat. Saya mengagumi sentimen Encik Raja (mendiang S. Rajaratnam).

Pada Ogos 1965, kebimbangan saya ialah apa yang akan dilakukan orang Melayu Singapura, setelah mereka menyedari mereka adalah kaum minoriti?

Apabila saya pulang pada 9 Ogos, atas nasihat Cawangan Khas, saya tidak pulang ke rumah. Saya tinggal di Sri Temasek (di Istana), iaitu kediaman rasmi saya. Saya tinggal di sana selama seminggu, kemudian saya pergi ke Changi Cottage dan tinggal di sana selama dua bulan bagi memastikan kesemuanya kembali sedia kala.

Itulah realitinya. Hari ini, 44 tahun kemudian, kita mempunyai sebuah masyarakat Melayu, yang saya percaya, aman, dan yakin bahawa kita tidak mengamalkan diskriminasi terhadap mereka, yakin bahawa kita menyertakan mereka dalam masyarakat kita.

NMP Viswa pernah bekerja di Sinda. Saya diberitahu selama 10 tahun. Beliau tahu bahawa kaum India tidak serupa. Brahmin tidak akan menyertai Sinda. Yang bukan Brahmin berada dalam Sinda.

Jadi saya fikir adalah berbahaya untuk membiarkan idea yang melebih-lebih berterusan tanpa dihapuskan dan memperdaya Singapura.

Kepada saya jika kita menilai pernyataan di atas, sudah cukup kita mengenali siapa pemimpin singapura itu, dan siapa pula pemimpin negara ini (Malaysia). Mengapa tafsiran seperti ini di bangkitkan, fikir fikirkanlah.


BARULAH SAYA TAHU ; TAPI SAYA CURIGA ? KES TPM JUAL TANAH PADA SINGAPURA ?

Saudara Pembaca,
Saya berkali kali membaca kenyataan di bawah ini yang menyebutkan seperti berikut:

TPM jawab isu jual tanah kepada S'pura
Ogos 20, 09 12:03pm
Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal dengan tohmahan pembangkang kononnya beliau pernah menjual sebidang tanah kepada Singapura semasa menjadi menteri besar Johor.

Katanya, fitnah itu sengaja dilemparkan kepadanya bagi menaikkan kebencian rakyat kepada beliau dan kerajaan BN.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi menteri besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata," kata beliau pada ceramah di Tanjong Putus sempena pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Bukit Mertajam malam tadi.

Timbalan perdana menteri berkata pembangkang membuat fitnah itu kerana tidak tahu sejarah sebenar wujudnya sebuah pusat penyelenggaraan air di kawasan Sungai Lingiu di Bandar Tenggara, Johor.

"Saya terpaksa menjawab kerana pembangkang telah membuat fitnah... apa yang berlaku sebenarnya ialah semasa saya menjadi menteri besar, satu hari saya menerima panggilan daripada Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad)," katanya.

Muhyiddin berkata perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad telah memanggilnya secara mengejut ekoran kunjungan Lee Kuan Yew, perdana menteri Singapura ketika itu, ke Kuala Lumpur untuk berbincang mengenai dua perkara iaitu saluran gas dan bekalan air.

Katanya, dalam pertemuan antara Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (menteri kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur itu, perdana menteri Singapura telah mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor.

"Lee Kuan Yew sehingga berkata Singapura sanggup berperang jika Malaysia tidak mahu menyalurkan bekalan air yang cukup dan kesal dengan projek saluran air dari Sungai Lingu itu telah lama tergendala.

"Saya menyatakan bahawa kita tidak mempunyai wang dan Lee Kuan Yew berkata Singapura sanggup menganggung semua kos dan setelah siap kelak, bangunan dan harta yang dibina itu adalah milik Malaysia sehingga hari ini, jadi Singapura cuma mengeluarkan wang," kata beliau.

Muhyiddin berkata isu kononnya beliau menjual tanah kepada Singapura sebenarnya adalah satu dakwaan yang bodoh dan dilemparkan oleh orang yang tidak tahu sejarah.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai dakwaan pembangkang semasa kempen pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir itu.

JADI PERSOALANNYA :

1. KERAJAAN JOHOR TIDAK BENIAT UNTUK MEMBINA LOJI,KERANA TIDAK MAMPU, DAN WANG PEMBINAAN PROJEK TERSEBUT DI SELENGGARA OLEH PIHAK SINGAPURA,DENGAN ALASAN TIDAK ADA WANG.

Pada Pendapat saya, JIKA BEKALAN AIR YANG CUKUP DARI JOHOR TIDAK DI BERIKAN KERAJAAN JOHOR/MALAYSIA KEPADA SINGAPURA " LEE KUAN YEW KATA " SINGAPURA SANGGUP BERPERANG ?

WAH......Kenyataan ini kenapa di keluarkan oleh TPM sekarang , aduh kecewannya saya dengan sikap takut Malaysia dan sikap kurang ajarnya singapura. Setahu saya DR. Mahathir itu berani, dan kenyataan ini membuat pelbagai tafsiran yang sungguh mengecewakan.......Kini hal ini bukan soal menjual tanah, malangnnya ..............RUPA RUPANYA KITA SUDAH KEHILANGAN MARUAH,HARGA DIRI DAN JAUH DARI ITU KEDAULATAN KITA DI CABAR ?

Bukan fikir fikirkan lagi,

Malah Kesedihan dan kenestapaan saya kepada BN,semakin mendalam..dalam..dalam

dan semakin tidak percaya.? Sesungguhnya bangsa ku telah di telanjangkan sebegitu hina.

Ya Allah selamatkan Negara dan Bangsa ini.



Rabu, 19 Ogos 2009

ETIKA BLOGGER:SEKATAN TAK AKAN MENEMUKAN JALAN KELUAR

Saudara Pembaca,
Kerajaan akan sekat Blog hasutan ? Macam mana ? bila ? Kaedah apa ? Rincian dan metode ? dan apa apa saja yang boleh di sekat akan di sekat.
Saya teringat peristiwa Bilal bin Rabbah, Batu di hempapkan di dadanya, apa terlantor dari mulutnya tetap tahuid kepada Allah. Justru itu jika ada yang ingin bercakap benar tidak perlu takut, yang di takuti adalah Fitnah, yang di takuti adalah tomah, yang di takuti adalah takut kepada bayang bayang sendiri. Mudah saja untuk tiori orang yang takut, semakin anda menakutkan mereka, mereka akan menjadi berani. Semakin ada melarang larang mereka ,maka mereka akan mirip kepada aspek yang terlarang, jangan ikut nafsu. tapi sangat penting menyekat nafsu, itukan ada bezanya.
Alat apa pun yang digunakan untuk menghalang rakyat menyalurkan pandangan mereka, maka semakin amarahlah rakyat. Semakin besarlah suara penentangan, maka semakin huru haralah negara di buatnya, sebenarnya banyak fomula lain untuk mengatasi masallah. jalan yang terbaik
kembalilah kepada ajaran Al Quran dan haditas, ini lah pesan nabi Muhammad di saat khutbah terakhirnya, mengapa tidak di fikir fikirkan.
Jika semakin banyak blog di sekat, maka semakin lebih banyak blog tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Kalau tak percaya lihatlah !
Kembalilah saudara saudara ku kepada Al Quran dan hadis,
Jangan terasuk dengan nafsu kuasa, sesungguhnya setiap yang hidup akan mati
dan sebelum kematian tiba berbuat baiklah,kerana Allah maha adil
dia tahun apa yang nyata dan yang tersembunyi.
Fikir fikirkan lah.