Ahad, 23 Ogos 2009

BERGELUT DAN BERSALUT DALAM WARNA PERJUANGAN POLITIK MALAYSIA

Saudara Pembaca,
Moral Politik adalah kejujuran, sikap bertanggungjawab, prihatin dan bertindak untuk mengubah nasib rakyat yang di pimpin.Kini dan akhir ini seperti juga dulu, yang semua bandingannya berubah ubah, iaitu politik di sertakan dengan Fitnah, cerca caci maki, mengumpat, yang menyakitkan hati dan perasaan di pihak yang lain atau kedua duanya akan terus bersakit hati dan perasaan. Kenapa jalan ini di ambil ? ada di antaranya mengaggap dunia politik adalah provokasi, cari jalan untuk menang, dapat kuasa, perintah negara, kumpulkan kekayaan. Semuannya itu aka n tercapai dengan bermodal.

Modal mesti di bayar, timbulah politik wang dan setelah menang berkembanglah rasuah, dan rasuah itu adalah menindas di satu pihak kepada pihak yang lain, samada di sedari atau tidak di sedari. Sekali merasa wang rasuah semacam ada candu, hendak pula kali kedua, dan setrusnya pemimpin menjadi penerima rasuah berkali kali, tanpa menyedari banyak mata mata mengintai prilaku mereka. Ini lah moral politik yang sering kita dengar; iaitu mengatas namakan aktiviti parti dan ahli parti Bos Nak Duit, buat aktiviti itu dan ini, manakala si pemberi rasuah pula gelojoh dengan projek dan berharap dari apa yang dia berikan dia pula akan mendapat berlipat kali ganda keuntungan, ini lah yang namanya tamak.

Adakah sampai di situ moral politik, tentunya tidak ia terus berkembang sepertimana anjing yang sudah kebiasaan makan tahi, akan tetap sukakan tahi, maka lalat lalat pun melangau di atas tahi itu, sebagaimana melangaunya pengumpan rasuah apabila apa yang di rasuahnya itu tidak didapatkan, Bermulalah Adegan bongkar membongkar rashia. Rupa rupanya terkumpula diary yang mencatat prilaku pemimpin itu seperti:-
tidak disogokan duit saja, tapi di umpan dengan perempuan yang cantik cantik, tidak sekali, malah berkali kali, dan dengan berkali kali lahir prilaku sex liar sesama mereka, dan tanpa mereka sedari pelbagai rakaman terhadap mereka tidak di buat, akhirnya dijajakan kesana kemari, Mari mari mari, mari mari mari ada cerita panas !

Cerita yang panas itu tak sampai di situ, dendam sesama mereka bermula dan guling mengulingkan terjadi semata mata untuk mempastikan orang yang tertentu di jatuhkan, kerana keaipannya telah dibongkar. Maka timbullah aksi malu memalukan, dan pentas itu di atas dada media, lebih lanjut bermulalah adegan Makamah, naik turn makamah, tetap akhirnya ada keputusan, yang menang dan kali.

Penghujung dari jawapan itu adalah penjara, penghujung dari dendam itu adalah pembunuhan, Penghujung dari cerita itu tiada kesudahan, kerana apa?

Kerana apa ? Kerana mereka ketepikan Iman dalam berjuang
mereka di bakar nafsu serakah.
Mereka lupa tentang
apa yang disebut kematian
mereka lupa ada pembalasan
mereka lupa talkin kematian
mereka lupa pada Allah yang menjadikan
Mereka lupa AZAB dan siksaan yang telah di sediakan
KERANA MEEKA BERGELUT DAN BERSALUT DALAM WARNA POLITIK JAHIL

Fikir fikirkanlah
dan bertobatlah di bulan yang penuh magfirah ini
Ramadhan Al Mubarak, berada di gerbang dan
setahun hanya sekali, rebutlah peluang ini
fikir fikirkanlah
sebelum akal mati
tak boleh berfikir lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan