Jumaat, 28 Ogos 2009

ILMU SEJENGKAL LAUTAN GELORA INGIN DI TEMPUH ? iSU KAUM DAN kONFLIK mASYARAKAT.

Saudara Pembaca,
Masyarakat Melayu sedikit hari dahulu gempar dengan peristiwa Babi di melaka, samada babi itu bersepah di Pantai dan di gantung di pagar hadapan rumah orang Melayu ? Rakyat ingin tahu apa hasil siasatannya ? dan orang Melayu merasa tercabar? Kini tidak hanya pemimpin Melayu tercabar malah orang India dan pemimpinnya juga tercabar apabila merarak kepala Lembu di bangkitkan oleh segolongan tertentu di shah alam dan membantah berdirinya kuil di tempat yang dinyatakan . Konflik ini sudah lama menderas, tanpa dihempang dan terus dibiarkan membara secara senyap. Jika Isu ini tidak di selesaikan segera, ia akan membangkitkan pertembungan kaum dan seterusnya mengundang punca punca keganasan.
Konflik masyarakat ini apakah ianya sengaja di bina ? senaaja di biarkan atau segaja dicetuskan sehinggakan terhasilnya tidak ketenteraman di Malaysia, ekoran daripada kemorosotan populeriti sesebuah parti politik ? Jika ini memang rangka nya, maka sangat bahaya, namun rakyat mesti berfikir pisau dan timun ditangannya, tentukan pisau di ditempat yang betul digunakan dan timun itu pula digunakan sebagai fungsinya yang sebenar. Jangan salahgunakan sebab konflik masyarakat akan merugikan semua pihak, manakala politik pula akan meneguk suasana untuk membangkit keuntungan kepada golongan tertentu, inilah yang membimbangkan ? Jika Ilmu sejengkal lautan gelora ingin ditempoh.

fIKIR FIKIRKANLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan