semalam saya mengungkapkan hal ini(H1N1)Jangan tunggu sampai darurat, hari ini ada berita di utusan malaysia yang di ungkapkan oleh menteri kesihatan seperti berikut:
Belum tahap 'darurat kesihatan'
SERDANG 11 Ogos - Kerajaan masih belum sampai ke peringkat perlu mengisytiharkan 'darurat kesihatan' meskipun bilangan kematian dan kes positif selesema babi atau influenza A (H1N1) semakin meningkat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, buat masa ini kerajaan mengamalkan langkah 'pengelakan sosial' iaitu orang ramai tidak perlu hadir ke majlis-majlis umum termasuk yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
''Tidak payah anjurkan program besar-besaran dan mereka yang mengalami demam, batuk dan selesema tolong jangan hadir ke majlis-majlis umum termasuk kenduri kahwin dan majlis-majlis kerajaan. Ini penting bagi mengelakkan penularan virus H1N1,'' tegasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan mengejut dan meninjau proses pemeriksaan ke atas pesakit luar dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan kes H1N1 di Hospital Serdang di sini hari ini.
Hadir sama ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican.
Beliau berkata, bagaimanapun terdapat majlis-majlis penting kerajaan seperti sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 negara yang tidak boleh dibatalkan, namun pihak penganjur perlu mengambil langkah pencegahan termasuk membekalkan penutup mulut dan hidung kepada pengunjung.
Dalam pada itu Tiong Lai berkata, esok, beliau akan mengumumkan garis panduan baru berkaitan arahan penutupan sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) ekoran penularan wabak H1N1.
''Saya telah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bagi semua garis panduan, perlu ada yang baru kerana terdapat sekolah-sekolah yang mengambil langkah berbeza-beza.
''Jadi kita hendak tetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang seragam dan esok jawatankuasa teknikal kementerian akan bermesyuarat untuk memperincikan garis panduan itu,'' katanya.
Apa yang hendak saya ulas mengenai hal di atas adalah;-
1. Kerajaan seharusnya membuat pemantuana 100% terhadap Isu ini dengan mengerakkan semua NGO dan pemimpin masyarakat untuk sensetif dan menjalanan isu ini sebagai suatu tindakan darurat, latihan ini perlu di buat sekirannya wabak ini mengalami perkembangan yang mendasyat. Prosuder Oprasi dan garis panduan itu sendiri mestilah mencerminkan yang kita sudah di ambang darurat, apabila adanya kematian yang berterusan akibat daripada H1N1 ini,
maka, yang paling penting adalah setiap ketua keluarga mestilah diberikan kesadaran optima.
Fikir fikirkanlah.(membenteras sang pembunuh yang senyap ini)
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan