Selasa, 18 Ogos 2009

MEMBINA MALAYSIA YANG SELAMAT DAN BAHAGIA

















Saudara Pembaca,
Membina Malaysia yang selamat adalah berasaskan kepada kefahaman dan menjalarkan daya nalar. Selamat dalam arti sempit aman, setiap warganegara merasakan mereka perlukan keamanan, keamanan bermakna:-

1. Menghalang huruhara.
2. Membina ekonomi yang kukoh
3. Mengembangkan akhlak yang terpuji.
4. Menjalin keakraban dan keprihatinan
5. Memilihara dan mensyukuri nikmat kemerdekaan diri dan negara
6. Menentang kejahilan, kezaliman,pembohongan,fitnah, dan segala gejala negetif.
7. Menghormati hak yang berhak, dan memberikan hak yang empunya kepada haknya.
8. Mengembangkan ilmu asas kemenafaatkan kepada semua
9. Mengamal ajaran Islam yang terangkum secara holistik.
10.Menyuburkan benih kasih sayang.

Lantas itu mari kita Nilai ?

1. Adakah wajar penjara di tambah, di sebabkan kejahatan semakin meningkat ? atau semakin tidak di perlukan dan berkurang penjara di negara ini, kerana rakyat di negara ini tidak banyak yang terjebak dengan kejahatan.

2. Adakah Negara kita semakin kaya atau miskin ?
Lihatlah kepada laporan perbendaharaan Negara setiap tahun, jika kaya mengapa Dasar Ekonomi baru di anggap Gagal untuk membangunkan bangsa Melayu ? Jika dasar itu gagal
siapa pula pengkhianatnya, apa yang kurang dan bangaimana pula mengatasi masalah itu ?

3. Gagalnya dasar ekonomi baru, telah menimbulkan aksi-reaksi politik, dengan memunculkan sesuatu yang di sebutkan sebagai 1 Malaysia ? Apa itu 1 satu Malaysia >

4. Bagi bangsa Melayu melihat satu Malaysia itu apa ? bangsa Cina ..Bagaimana dan bangsa India pula bertanyakan kenapa ? Sudah tidak relevankah DEB, sehingga ingin menarik perhatian kepada bangsa lain pentingnya semua kaum di berikan hak persamaan......Justru itu apa pula kesannya terhadap hak keistimewaaan melayu yang di lindungi oleh Perlembagaan, manakala orang melayu terus mundur di Negara sendiri. Mundur dari aspek ekonomi, dan ekonomi yang berjaya bagi orang melayu adalah pembinaan individu tertentu sahaja, tetapi Melayu yang mewarani keseluruhan di negara ini menjadi Muram.

5. Walapun muram !!! walaupun hak mereka di pertikai bangsa sendiri dan digongong oleh bangsa lain, bangsa melayu, masih bertahan mempertahankan kuasa politik yang ada, setia melayu itu memang tidak berubah, seperti kidah hang Tuah. namun ada juga Melayu seperti Hang Jebat, melihat kezaliman dan penindasan harus di bentras dan di tentang. Bisa tentangan itu mula di rasakan.

6. Apabila raja raja melayu mengingatkan jangan langar kontrak sosial, ada juga Melayu yang tak sokong kontrak sosial, ada Melayu yang sokong kontrak sosial,..bukan itu sebenarnya persoalan utama, tetapi raja raja Melayu mengingatkan jika rakyat dibiarkan dalam keadaan sekarang pasti huru hara akan terjadi, lalu kita bertanya......Siapa yang buat hur hara ? adakah golongan politik yang berbeza fahaman dan ideologi ! atau apakah teguran raja raja melayu kepada kerajaan yang memerintah pada hari ini, lemah mengurus rakyat ? Dari Mana raja bermula untuk memperkokohkan rakyat, jika mamanda Perdana menteri tidak di senangi oleh Rakyat ?

7. Faham demokrasi adalah amalan yang teras guna di Negara ini, jika yang menentukan sesaorang itu menjadi perdana menteri kepada rakyat Malaysia hanya oleh 2,500 orang saja, adakah itu adil ? sedangkan jumlah rakyat di negara ini mencecah lurang lebih 27juta orang.
Denyut Nadi ini yang mesti di fahami oleh pemimpin, dan tentunya pemimpin tidak dapat memuaskan hati semua orang, namun boleh mengatasi dan meredakan segala sesuatu yang tidak baik menjadi baik.

8. Soalnya apakah politk Malaysia semakin reda ? atau semakin berombak, arus ombak rakyat tidak dapat di hempang lagi jika rakyat terus di bebani dengan masalah seperti:

* Pendapatan berkurangan
* Perbelanjaan yang Meningkat
* Harga barang tidak terkawal
* Hak tanah mereka di ceroboh
* Keselesaan penempatan rumah diabaikan
* Penyamun dan pencuri harta rakyat telah dapat di kesan
*Birokrasi pemerintah masih menyusahkan rakyat
* Harta rakyat tidak diurus dengan baik
* Pegawai kerajaan tidak amanah
Kesemuannya itu menjadi ? kepada rakyat..dan apakah itu menjadikan rakyat tidak marah?
dan ombak kemarahan ini adakah semakin di redakan, jika media terus menerus membeberkan kecurangan kecurangan di atas prilaku pemimpin ? amankah kita ??????????????

Bagaimana nak aman ?
Kembalilah Pemimpin dan rakyat ke jalan yang benar.
Sayangilah segala yang ada. jika suatu ketika segala galanya hilang
maka rakyat dan pemimpin akan berubah waah dan prilaku
sehingga tidak dapat membezakan kehidupan insani dan haiwani ?
Membina Malaysia yang Selamat bermula dengan akal yang sehat
dan akal yang sihat mestilah berpedoman,dan pedomanan itu
adalah nilai murni
sebagaimana dianjurkan Al quran dan Hadits.
Fikir-fikrkanlah.
Semoga rakyat dan pemimpin
dikurniakan akal yang sihat
bermulalah Malaysia yang selamat
dari huru hara.

Fikir fikirkanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan