Sabtu, 15 Ogos 2009

KEBANGKITAN RAMADHAN AL MUBARAK: PELUANG INSAF DAN BERTANGGUNGJAWAB

Saudara Pembaca,
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak, semoga ramadhan yang sebentar lagi akan menjelang akan membuat kita semakin insaf dan semakin bertanggungjawab:

1. Insaf di atas perbuatan yang selama ini yang bertentangan dengan kehendak Islam,
2. Memikul tanggungjawab sebagai insan Muslim yang banyak tugas di pentas dunia,lebih lebih lagi menjalankan amanah yang telah di pertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t.

Kita harus insaf, awatan,pangkat dan harta tidak kekal, malah nyawa kita juga tidak kekal, untuk apa ada jawatan yang tinggi sebagai pemimpin, jika menzalimi rakyat. untuk apa menjadi pemimpin jika sering memenuhi poket dan korni sendiri, sementara ramai rakyat miskin yang menderita dan golongan daif yang pelu di bantu. Untuk apa jadi pemimpin jika sering berbohong, ingin menunjukkan kebaikan diri untuk di puji, sedangkan perbuatan di puji itu adalah suatu penghinaan besar, untuk apa menjadi pemimpin menerusi tipudaya, sedangkan hak menjadi pemimpin itu ada pada mereka yang sebenarnya yang berhak, untuk apa menjadi orang kaya jika hatinya kedekut dan bakhil, untuk apa ada kekayaan jika mengkhianati orang lain, untuk apa di longgokkan kekayaan kerana megah diri, padahal hartannya itu adalah dari rasuah dan menindas, untuk apa menjadi orang kaya yang akhirnya membina perpecahan sesama ummah, menimbulkkan kecemburuan dan lebih hina lagi menjadi orang kaya dengan cara licik,dayus merompak,membunuh dan membelit orang lain.

Ingatlah dan insaf secara bertanggungjawab
dan fikir fikirkanlah, semoga kita tidak terjerumus di lembah kehinaan
Bagi yang terlanjur, kesempatan ramadhan ini adalah masa yang terbaik untuk
memohon mafirah kepada Allah s.w.t.
fikir fikirkanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan