Sabtu, 15 Ogos 2009

ATASI H1N1 DENGAN DOA,WUDUK,BENTERAS KEZALIMAN DAN MAKSIAT SERTA BERAMAL SOLEH

Saudara Pembaca,
Kenyataan Menteri kesihatan Malaysia menyebutkan di jangka di negara ini akan di jangkati h1n1
pada kadar 5 juta orang jika tidak di atasi segera. Saya ingin menyatakan pandangan saya kepada seluruh ummat Islam di Negara ini, agar ummat Islam mestilah solat dan berdoa untuk menolak wabak ini, sesungguhnya Allah s.w.t maha berkuasa di atas segala galanya. Penting sekali kita menjaga kebersihan dan peraturan peraturannya sebagaimana yang di garispandukan oleh kementerian tersebut, namun kebersihan utama di dalam Islam adalah bermula dari diri kita sendiri, justru itu di anjurkan agar kita sentiasa memiliki wuduk dan sentiasa berwuduk dan mengajak rakan rakan dan keluarga kita untuk menyampaikan kaedah paling selesa mengatasi H1n1, mudah mudahan Allah s.w.t. mengkabukan permintaan kita semua semoga wabak ini dapat di musnahkan secepat mungkin. Marilah kita terus mengerjakan amal soleh dan menentang kemungkaran semoga Allah tidak menurunkan musibah kepada rakyat di negara ini, dan marilah kita membantu golongan susuah dan miskin serta mereka yang berhak untuk mendapatkan bantuan, semoga dengan membantu mereka Allah lapangkan kesulitan yang sedang di hadapi oleh rakyat negara ini.

Fikir fikirkanlah dan amalkanlah,
Moga kita bebAS DARI H1N1,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan