Rabu, 12 Ogos 2009

PERHIMPUNAN MENUDUH ANWAR PENGKHIANAT: BUKTI UMNO MASIH TAK BERUBAH

Saudara Pembaca,
Pagi ini saya membaca utusan yang menyebutkan di Batu Pahat, akan di adakan perhimunan melaungkan Anwar pengkianat yang cadanganya di buat di padang Merdeka. Mereka menganurkan untuk menyatakan sokongan kepada tan Sri Mahyuddin. Saya simpulkan hajat dan tuuan yang di buat oleh UMNO ini dengan mengumpulkan bahagian bahagian UMNO di Negeri Johor, membuktikan RAKYAT SEMAKIN MUAK DENGAN UMNO .

Saya fikir banyak keperluan rakyat yang harus di selesaikan , bukan laungan bodoh yang turut mengajak orang Melayu yang lain menjadi bodoh di tambah dengan tolol. berapa banyak lagi UMNO akan mencetak pengampu kepada pemimpin, sedangkan masalah rakyat terlalu banyak.
Saya ingatkan sesungguhnya di batu pahat itu sendiri banyak masalah, dan nayatanya mereka buta dengan masalah melayu batu Pahat, sedar dan bangkitlah dari lamunan mimpi mereka dari di peralatkan golongan tertentu yang coba mengubah isu, dan seterusnya menyebabkan mereka sebagai penghalang kemajuan bangsa sendiri.

Kalau nak tahu masalah melayu dan penduduk batu Pahat, anda boleh tanya sendiri kepada ketua ketua kampong, ketua cawangan, pekeja pekeja buruh, kaki tangan kerajaan yang rata rata bersungut dengan sikap pemimpin UMNO yang tidak prihati kepada nasib mereka, sebagai bukti anda boleh lihat bangaimana keputusan pilihanyara yang lepas membuktikan jumlah sokongan kepada BN telah merosot kepada 20,000 pengundi. ini lah yang harus di fikirkan
dan tanyalah kenapa penduduk batu Pahat sendiri dah mula benci pada UMNO.

Fikir-fikirkanlah.
Yang Penting Keadilan harus di tegakkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan