Rabu, 26 Ogos 2009

BILA INDUK BERGOYANG, RAKAN KONGSI MELAYANG

Saudara Pembaca,
BN dah banyak kalah dalam pilihanraya kecil, menang cuma sekali di batang air, selainnya pebangkang yang menang, ini tentu ada sebabnya; sebagai seorang yang memahami suasana poltik tanah air, saya menganggap punca terjunamnya BN sebagai Badan Induk kerana mereka goyang dengan Isu sendiri, mereka yang membuat perangkap, lantas terjerat di dalam perangkap itu sendiri. Mereka bermain dengan Isu perkauman, akahirnya masyarakat berbilang kaum menjadi tidak bersatu dan saling bertentangan dan curiga, akibat dari sentimen UMNO,MCA dan MIC serta PPP, mahu kemanakan sentimen ini merea bawa, setelah ramai orang cina dan India sendiri sudah mula menolak BN, dan menujuk ke PKR,DAP dan PAS.

Perangkap memarahkan orang melayu, kerana tertinggal dari segi ekonomi dari bangsa lain, juga dianggap semacam basi, menakut nakutkan orang Melayu seolah kuasa mereka sudah mahu di lupus juga, dianggap oleh orang Melayu sebagai angin lalu. Malah kepanasan Isu dalaman BN terus bergoyang, dari pergolakan dalam UMNO Isu Mahathir,Pak Lah, Isu Pak Lah Najib, Isu pemimpin UMNO sana sini, semuannya menyumbang kebencian dan kemuakan orang melayu terhadap pemimpin sendiri, sebab pemimpin pemimpin itu telah di beri amanah dan kepercayaan, dan tugas mereka kerja, bukan cakap sana cakap sini, tuduh sana tuduh sini,konflik sana dan konflik sini, bukan mengayakan diri dan kumpulan, tetapi lihatlah kepada rakyat yang serita susah dan miskin.

UMNO dan BN retorik ssoal kemiskinan, malah dari akar umbi hari ini berapa ramaikan rakyat telah dimiskinkan akibat dari kelunturan ekonomi negara dan dunia, sementara pemimpin politik asyik dengan mabuk politik, dari kegoyangan kepada kegoyangan, dari su penting dan tidak penting, pemimpin dah hilang deria rasa, yang akhirnya tidak penting di dulukan dan yang penting di cicirkan, hari demi hari fenomina ini berkembang, samada dalam MCA, UMNO, MIC dan mana mana parti kompenan BN ? apa akibatnya ?

Negara akan kehilangan kemakmoran
dan fikir fikirkanlah, bila semuanya dah bergotang
dan melayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan