Selasa, 25 Ogos 2009

BILA LUKA MENJADI PARUT

Saudara Pembaca,
Kemenangan Pilihanrya kecil yang diadakan di Malaysia berkali kali banyaknya, dan termasuklah yang terkini di Permatang pasir memberikan pelajaran kepada ahli dan penyokong Bn, antaranya adalah sebagai berikut:-

1. Bila luka menjadi Parut; tidak mudah di lupakan. Apa pun yang di kampenkan oleh BN, sudah ada cop dalam pikiran rakyat, cop itu adalah tidak mahu BN lagi. Kenapa ? Saya fikir semua pemimpin BN ada jawapannya, cuma mereka tidak menemukan Vaksin untuk menentang virus yang di ciptakan oleh mereka sendiri, ini lah jawapannya.

2. Apa pun untuk pulihkan rakyat bukan mudah, melainkan kembali kepada Nilai murni Islam sebenar, kejujuran,ketakwaan, amanah, mempertingkatkan iman, tidak munafik, berjuang kerana Allah, dan mengikut sunnah nabi Muhammad sa.w.

Jika ini dapat di hidupkan, maka tiada fomula lain yang mujarab, buka projek, bukan jawab tomahan, bukan tunjuk boleh buat itu dan ini, bukan tunjuk kuat dan kaya, bukan tunjuk stratige hebat, tetapi yang paling benar dan tidak benar melainkan yang sebenarnya adalah pintu bertaubat masih terbuka, dan berjuanglah dengan keiklasan dan bertaubat demi semata mata kerana Allah, mengembangkan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

3. Jika masih ada sebab sebab berjuang kerana :-

Nak Kaya, yang akan dapat adalah kemiskinan
Nak Pandai, yang akan dapat adalah kejahilan
Nak Kuasa, yang akan dapat kepupusan kuasa
Nak tunjuk kekuatan, yang akan dapat lemahan
Nak tunjuk hebat, yang akan dapat adalah kehinaan.

Tulisan ini, mengingatkan diri saya sendiri, dan semoga semua parti politik mestilah berlandaskan keimanan dan taqwa akan menemukan hasil yang asil dan jitu.

Fikir fikirkanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan