Ahad, 16 Ogos 2009

JANGAN ABAIKAN NIKMAT YANG ADA

Saudara pembaca,
Biasanya ramai manusia sering lupa, ketika berada mereka lupa ? dan ketika tidak berada mereka baru mentesali apa yang dahulunya mereka ada . Jadi pada hari ini jika kita ada negara yang makmur jagalah jangsan sampai kemakmuran itu terancam ! Semasa menjadi pemimpin, ia akan sentiasa beranggapan yang ia bakal terus menjadi pemimpin sampai mati, padahal dalam kehidupan itu hanya sementara saja, nikmat yang ada juga sementara, peringai dan tingkah laku kita mestilah membuat kita sentiasa sadar yang semuannya itu sementara, jadi buatlah sesuatu yang paling baik, tinggalkan yang terbaik, hidupkan sesuatu yang baik untuk di warisi, bukanlah meninggalkkan sesuatu yang buruk di dalam kehidupan, Sesungguhnya setiap manusia di tuntut untuk berbuat baik, Jangan abaikan nikmat yang ada pada kita;

1. Nikmat berkeluarga.
2. Nikmat bermasyarakat
3. nikmat Bernegara
4. Nikmat berharta
5. Nikmat keamanan
6.Nikmat keselesaan
7.Nikmat kebebasan
8.Nikmat hidup kemajmukan
9.Nikmat Beribadah
10. Nikmat berselooroh

dan macam macam nikmat jagalah dan jangan abaikan.
Tengok di sekeliling kita, fikir fikirkanlah
yang yang dah jadi dan akan terjadi.

Sabtu, 15 Ogos 2009

KEBANGKITAN RAMADHAN AL MUBARAK: PELUANG INSAF DAN BERTANGGUNGJAWAB

Saudara Pembaca,
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak, semoga ramadhan yang sebentar lagi akan menjelang akan membuat kita semakin insaf dan semakin bertanggungjawab:

1. Insaf di atas perbuatan yang selama ini yang bertentangan dengan kehendak Islam,
2. Memikul tanggungjawab sebagai insan Muslim yang banyak tugas di pentas dunia,lebih lebih lagi menjalankan amanah yang telah di pertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t.

Kita harus insaf, awatan,pangkat dan harta tidak kekal, malah nyawa kita juga tidak kekal, untuk apa ada jawatan yang tinggi sebagai pemimpin, jika menzalimi rakyat. untuk apa menjadi pemimpin jika sering memenuhi poket dan korni sendiri, sementara ramai rakyat miskin yang menderita dan golongan daif yang pelu di bantu. Untuk apa jadi pemimpin jika sering berbohong, ingin menunjukkan kebaikan diri untuk di puji, sedangkan perbuatan di puji itu adalah suatu penghinaan besar, untuk apa menjadi pemimpin menerusi tipudaya, sedangkan hak menjadi pemimpin itu ada pada mereka yang sebenarnya yang berhak, untuk apa menjadi orang kaya jika hatinya kedekut dan bakhil, untuk apa ada kekayaan jika mengkhianati orang lain, untuk apa di longgokkan kekayaan kerana megah diri, padahal hartannya itu adalah dari rasuah dan menindas, untuk apa menjadi orang kaya yang akhirnya membina perpecahan sesama ummah, menimbulkkan kecemburuan dan lebih hina lagi menjadi orang kaya dengan cara licik,dayus merompak,membunuh dan membelit orang lain.

Ingatlah dan insaf secara bertanggungjawab
dan fikir fikirkanlah, semoga kita tidak terjerumus di lembah kehinaan
Bagi yang terlanjur, kesempatan ramadhan ini adalah masa yang terbaik untuk
memohon mafirah kepada Allah s.w.t.
fikir fikirkanlah.

BERTERUS TERANG SAJA LAH !

Saudara Pembaca,
Seharusnya kita tidak berperangsangka kepada rakyat, yang ingin mengetahui kawasan panas h1n1 di malaysia, jika rakyat nak tahu maknanya ianya lebih baik, di mana rakyat boleh mengambil langkah yang tepat dan betul. Namun ada pihak yang menadikan isu ini seolah olah jika di beritahu kawasan yang panas, seolahnya kawasan yang tak panas akan ambil ringan, ini hanya praduga pemimpin tertentu, Pemimpin melaungkan ketelusan, tapi nyatanya mengenai kes h1n1 ini kenepa tak mahu telus untuk menunukkan kawasan panas dan tidak panas ? Pun begitu perlu ada prasangka baik oleh pemimpin kepada rakyat dan sebaliknya, yang penting rasa tanggungjawab yang berkuasa mesti di tingkatkan, memandangkan kes ini bakal menadi kes kritikal di Negara ini. Jangan takut untuk berterus terang, dengan jalan berterus terang banyak cadangan lain akan dapat di curahkan demi menyelamatkan Negara dan Rakyat.

Fikir fikirkanlah.

PROGRAM LAUNGAN ANWAR PENGKHIANAT BANGSA GAGAL

Saudara Pembaca,
Sedang Negara sibuk di landa H1n1, masalah ekonomi, pengangguran, kesulitan Hidup dan isu isu pembangunan dan kerakyataan yang tidak selesai, UMNO di Johor di Batu Pahat menganjurkan laungan anwar Pengkhianat bangsa, mereka mensasarkan kehadiran 15,000 orang di setadium merdeka Batu Pahat. Malangnnya;-

UMNO Bahagian Batu Pahat di bawah kepimpinan ketua Bahagiannya tidak peka langsong terhadap ketua ketua cawangan yang tidak sukakan penghinaan dan menghina orang lain pada mulan syaban ini adalah suatu perbuatan yang sangat memalukan. harap harap insaflah. Malah rakyat masih banyak, kemiskinan keciciran pelajar, pelajar samseng, prestasi yang tak menggalakkan dan sebagainya harus mendapat ttempat utama, lebih lebih lagi mereka sedang menghadapi kepertian hidup.

Harap harap TPM dari UMNO itu, belajar juga lah hormati rakyat, sebanrnya rakyat telah bosan dengan retorik yang tak sudah. Nyata yang hanya datang ke majlis itu hanya 300 orang saja .
itu pun orang orang yang di import ke batu pahat, sedangkan masyarakat Batu pahat sendiri tidak suka bersekongkol dengan amalan yang tidak bermenafaat, fikir fikirkanlah Menteri dan Timbalan Menteri pelajaran, Jika guru kencing bediri, nanti anak murid kencing berlari.

Fikir fikirkanlah. yang penting rakayat mesti di bantu di atas kesusuahan yang sedang mereka hadapi, bukan di sodorkan dengan laungan kutukan. fikir fikirkanlah.

ATASI H1N1 DENGAN DOA,WUDUK,BENTERAS KEZALIMAN DAN MAKSIAT SERTA BERAMAL SOLEH

Saudara Pembaca,
Kenyataan Menteri kesihatan Malaysia menyebutkan di jangka di negara ini akan di jangkati h1n1
pada kadar 5 juta orang jika tidak di atasi segera. Saya ingin menyatakan pandangan saya kepada seluruh ummat Islam di Negara ini, agar ummat Islam mestilah solat dan berdoa untuk menolak wabak ini, sesungguhnya Allah s.w.t maha berkuasa di atas segala galanya. Penting sekali kita menjaga kebersihan dan peraturan peraturannya sebagaimana yang di garispandukan oleh kementerian tersebut, namun kebersihan utama di dalam Islam adalah bermula dari diri kita sendiri, justru itu di anjurkan agar kita sentiasa memiliki wuduk dan sentiasa berwuduk dan mengajak rakan rakan dan keluarga kita untuk menyampaikan kaedah paling selesa mengatasi H1n1, mudah mudahan Allah s.w.t. mengkabukan permintaan kita semua semoga wabak ini dapat di musnahkan secepat mungkin. Marilah kita terus mengerjakan amal soleh dan menentang kemungkaran semoga Allah tidak menurunkan musibah kepada rakyat di negara ini, dan marilah kita membantu golongan susuah dan miskin serta mereka yang berhak untuk mendapatkan bantuan, semoga dengan membantu mereka Allah lapangkan kesulitan yang sedang di hadapi oleh rakyat negara ini.

Fikir fikirkanlah dan amalkanlah,
Moga kita bebAS DARI H1N1,

Jumaat, 14 Ogos 2009

Rakyat Tiada Idola pemimpin di Negara Sendiri

Saudara Pembaca,
Saya berharap dan ramai yang berharap malaysia di bina secara berjaya. Untuk berjaya tidak perlu fomula yang terlalu banyak, semua pemimpin dan rakyat mesti mengetahui peranan mereka dan peranan itu di laksankan mengikut nilai nilai murni. Pemimpin jangan berbohong, jangan munafik,jangan tamak, jangan malas, jangan bodoh, jangan di perdaya, jangan tidak berilmu, dan maka kita akan menemukkan rakyat yang maju,disebabkan tauladannya kepada pemimpin, kini kemunduran kita di sebabkan rakyat tiada idola pemimpin di Negara sendiri.

Fikir fikirkanlah

BELAJAR MENGELAK PERKARA BURUK

Saudara Pembaca,
Kalau kita ingin menjadikan pengajaran peristiwa di sekeliling kita, pasti kita tidak akan mengulangi kesilapan yang pernah di lalui, malangnya manusia tidak mahu belajar dari peristiwa dan sejarah sesuatu perkara yang terjadi.

Coba Lihat, sesungguhnya sikap manusia itu sering memandang ringan kepada alam ini, banyak kerosakan yang telah di lakukan. Lihat gunung banyak yang sudah di tarah dan di gondol, lihat hutan , pokok pokok di tebang sewenangnya, lihat air sungai makin tercemar, lihat budaya sosial semakin rosak dan tidak berakhlak, lihat perhubungan perkahwinan, semakin banyak kes perceraian, lihat guru guru semakin bersikap acuh terhadap pelajarnya, lihat pelajar pelajar semakin samseng dan hilang akhlaknya, lihat masid masjid semakin tidak di menafaatkan sebagai fungsinya sebagai masjid, lihat orang orang politik semakin ganas dan tak sopan, semakin tamaak dan tidak berakhlak mulia, lihat pegawai keraaan asal kerja mendapat gaji saja, tanpa bersungguh sungguh mengelakkan pembaziran wang rakyat, lihat......dan lihat lah, maka anda akan menemukan banyak persitiwa berulang dengan kebodohan dan kealpaan manusia itu sendiri, apa sebabnya ??????????????

Sesungguhnya mereka lupa bahawa segala perbuatan mereka itu akan di ssoal dan di pertanggungjawabkan di hadapan Allah s..w.t. Mereka menganggap seolah mereka menongkat langit, padahal segala galanya adalah terbatas, dan janganlah abaikan tugas dan tanggungjawab kita, fikir fikirkanlah.
Belajar elakkan satu perkara buruk setiap harus dalam kehidupan kita.
Mudah mudahan kita akan berjata, Insyallah.
Fikirkanlah.