Rabu, 19 Ogos 2009

BERHIMPUN TANPA PERMIT POLIS: LAGI BAHAYA

Saudara Pembaca,
Jika tidak dibenarkan berhimpun bagi menyatakan sesuatu harat rakyat, maka ini telah melanggar hak rakyat. Jika tidak di benarkan sekalipun rakyat tetap keluar dan berarak untuk memuaskan hasarat mereka. Justru itu Kerajaan memerlukan pendekatan berhimpun tanpa permit, ini bermakna ia boleh di buat di tempat yang terkawal seperti stadium.

Tapi ingat, ini semuanya bukan jalan keluar untuk cuci tangan, atau galas beban oleh pihat yang memerintah, Sebenarnya Kerajaan harus ingat, apa saja, dimana saja dan dalam bentuk apa pun permit mesti ada, ini sangat penting, jika tidak negara ini macam tak tahu di urus untuk mempastikan keselamatan rakyat umum,

Kepentingan berhimpun, mesti dengan permit, jika terjdi sesuatu yang buruk, seperti di benarkan berhimpun di stadium tanpa permit, ....tiba tiba di luar jangkaan ada letupan berat terjadi, siapa yang akan di pertanggungjawabkan ??? kementerian dalam Negeri mesti berfikiran waras , permit berhimpun wajib diadakan,

Janganlah kerana takut kepentingan politik tergugat, dengan mengambil hati rakyat iaitu memansuhkan permit berhimpun, ini namanya tidak bertanggungjawab. Saya melihat rakyat akan menjadi bertambah marah keada kerajaan jika keputusan berhimpun tanpa permit ini di benarkan.

Fikir fikirkanlah kepentingan rakyat secara tulin,
Bukan secara politik.fikir fikirkanlah.

Selasa, 18 Ogos 2009

KRISIS SEMANGAT MALAYSIA


Saudara pembaca,
Identiti sayangkan Malaysia di kaitkan dengan Bendera, ada benarnya dan memang benar.
Namun kebenaran ini jadi palsu apabila bendera yang di kibar, tetapi perbuatan cinta malaysia itu tidak di tuangkan dalam prilaku sebenar, rupa rupanya pasang bendera kerenan terpaksa, bukan kerelaan dan cinta sejati, ini terjadi bukan kepada banyak orang, tetapi terjadi kepada sebilangan orang yang berpura pura cinta malaysia, tetapi mengkhainati negara dengan pri laku yang menjijikan.

Fikir fikirkanlah,
Siapa yang sayang dan tidak kepada Negaranya.

PESAN UNTUK BANGSA KU


Saudara Pembaca,
Saya mulakan dengan puisi ini untuk bangsa saya yang sedang di rundung malang.

Jika kita bangga dengan merdeka yang bakal menjelang
Sudah pun Medeka tiba , sudah melintasi puluhan tahun
setengah abad lebih Medeka.
Lantas setiap tahun jeritan merdeka bergempita dengan berdiri tegak
jalur Gemiling.

Tidak setegak jalur itu dengan warna merahnya yang berani,
Tapi Pemimpinnnya pengecut.
Dayus kepada bangsa sendiri
Menikam di depan dan di belakang
sambil berteriak !
Kamilah Pahlawan Melayu
Pada hal, sejumlah wang negara
telah diragut dari penderitaan rakyat.

Apakah itu Merdeka
Jika warna kuning ,menjunjug kedaulatan raja
telah dicemar
terbuka dan di buka
Katanya berubah ubah "Tiada kekebalan sesiapa "
Hari ini berubah kata " Raja raja Melayu Milik Kita "
Pada hal, sejumlah rakyat dibariskan
sejumlah ayat di beberkan
sejumlah pikiran di satukan dengan pesan dan bukan ugutan
Kontrak sosial ditiadakan.

Masa tidak berhenti, kemerdekaan di laungkan
tapi anak anak Melayu masih jauh di belakang
tidakkah 14 jalur berubah wajah
negeri negeri bertukar pemerintah
bangsa ini terus dilanyak di patah.

Masihkah warna Merah tidak mengalir,
Sedangkan biru sahut menyatu
1 Malaysia, 1 Malaysia, 1 malaysia
Malaysia Baru

Walapun bangsa ku terus di tipu
oleh bangsa ku sendiri
Pesan ku,
Bangkitlah
sebulan fajar menyingsing esok
kerana esok tidak
menjanjikan apa apa
untuk anak bangsa
bangsa ku
Melayu.

Fikir fikirkanlah.

ALANGKAH MALANGNYA KERAJAAN INI


Saudara Pembaca,
Bagaimana penipuan memiliki tanah milik kerajaan di Buat ? soalan ini saya tanya kepada seorang kawan yang telah bersara dari berkerja di Pejabat tanah di Negeri Johor, beliau adalah seorang SO pejabat Tanah. Katanya " ada perkara yang sehingga hari ini menjadi kelabu, walaupun secara jelas penyelewengan mendapatkan tanah kerajaan telah di selewengkan oleh pemohon dan pegawai kerajaan. Mereka seolah sama menyamun tapi dalam teknik yang berbeza. Saya kemudian meminta contoh daripadanya; dia kata sebenarnya hal ini cukup komplleks, tapi yang sedihnya ramai rakyat tidak tahu, dan akhirnya rakyat tertipu dari amanah yang diberikan kepada pegawai tersebut, termasuklah sikap rakus pemohon.

Sekali lagi saya bertanya? macam mana contohnya, dan saya masih tak faham? jawabnya mudah;
Kebanyakan atau ada diantara syarikat yang telah lama wujud, tetapi tidak aktif , sayarikat itu ada harta dan harta itu antaranya adalah tanah, contoh seluas 3,5 hektar dan status komersial. Maklumat itu akan disampaikan kepada golongan tertentu, untuk memohon tanah yang sudah lama tidak di bayar cukai oleh pemiliknya, ini bermakna kerajaan ada hak merampas tanah tersebut. Apabila maklumat mengenai tanah tersebut tidak di bayar cukai, maka orang kedua masuk memohon menggunakan nama syarakat tersebut,dimana tuan punyai syarikat tersebut sedniri tidak mengetahuinya, ini bermakna sudah ada pakatan si pemohon itu dengan segolongan orang tertentu bersama setiausaha syarikat. manakala oleh kerana setiauaha syarikat itu ada kepentingan maka ia juga sanggup bersekongkol, demi mendapatkan duit yang banyak. maka bermulalah proses ubah suai secara haram yang di lakukan oleh setiausaha syarikat, dan permohonan tanah tersebut di ajukan kepada pejabat tanah,

Katanya lagi;-
Apabila proses berikut adalah berpakat dengan pegawai di dalam pejabat tanah, iaitu dengan menentukan beberapa kehendak pemohon, maka disini ada dikalangan pegawai tanah yang sepatutunya membawa pemohonan ke mesyuarat exco, tetapi telah tidak membawanya, dan di samping itu kadar prmium juga boleh di ubah suai, dan ada pula yang pelik boleh terlepas dari pembayaran yang sepatutnya di kenakan kepada pemohon. Ternyata si pemohon telah berbohong dengan pelbagai pihak demi mendapatkan tanah tersebut, yang akhirnya tanah itu di perolehi dengan cara yang macam sah,tetapi sebenaranya adalah cara haram.

Sesudah itu katanya, apabila gran di keluarkan, maka dengan segeralah , sepemohon itu membohong satu pihak lagi untuk mendapatkan wang , iaitu mencagarkan kepada bank, ini maknannya bank uga telah ditipu mereka, jika bank itu adalah bank sokongan kerajan, nampaknya berapa banyak kali kerajaan telah di tipu.....alangkah malunya.

Saya menjadi tidak puas hati, lalu saya tanyakan kepadanya kenapa tak di laporkan kepada SPRM, dia menjawab laporan telah di buat tapi tindakan tidak ada....siapa yang buat laporan itu kata saya...dia jawab itu Rashia?

Saya bertanya, adalah si penipu itu orang melayu, katanya tidak , bukan Melayu tetapi bangsa asing . Kenyataan yang di buat oleh kawan saya ini, sangat mengecewakan saya, dan saya pasti pengalamannya di pejabat Tanah telah banyak menyaksikan kebodohan menjaga warisan tanah kerajaan, yang menyebabkan kerajaan sentiasa rugi.

Sebagai rakyat Malaysia saya tidak puas hati,
dan fikir fikirkanlah, apa nak jadi, jika penipuan,rasuah,pembohongan
berligar di sekeliling kita, mereka yang kita amanahkan menjaga harta rakyat
telah berlaku curang, dan si penipu bebas dengan kejayaan membolot
berjuta juta ringgit. Alangkah malangnya kerajaan ini.
Ayoh fikir fikirkanlah.

MEMBINA MALAYSIA YANG SELAMAT DAN BAHAGIA

















Saudara Pembaca,
Membina Malaysia yang selamat adalah berasaskan kepada kefahaman dan menjalarkan daya nalar. Selamat dalam arti sempit aman, setiap warganegara merasakan mereka perlukan keamanan, keamanan bermakna:-

1. Menghalang huruhara.
2. Membina ekonomi yang kukoh
3. Mengembangkan akhlak yang terpuji.
4. Menjalin keakraban dan keprihatinan
5. Memilihara dan mensyukuri nikmat kemerdekaan diri dan negara
6. Menentang kejahilan, kezaliman,pembohongan,fitnah, dan segala gejala negetif.
7. Menghormati hak yang berhak, dan memberikan hak yang empunya kepada haknya.
8. Mengembangkan ilmu asas kemenafaatkan kepada semua
9. Mengamal ajaran Islam yang terangkum secara holistik.
10.Menyuburkan benih kasih sayang.

Lantas itu mari kita Nilai ?

1. Adakah wajar penjara di tambah, di sebabkan kejahatan semakin meningkat ? atau semakin tidak di perlukan dan berkurang penjara di negara ini, kerana rakyat di negara ini tidak banyak yang terjebak dengan kejahatan.

2. Adakah Negara kita semakin kaya atau miskin ?
Lihatlah kepada laporan perbendaharaan Negara setiap tahun, jika kaya mengapa Dasar Ekonomi baru di anggap Gagal untuk membangunkan bangsa Melayu ? Jika dasar itu gagal
siapa pula pengkhianatnya, apa yang kurang dan bangaimana pula mengatasi masalah itu ?

3. Gagalnya dasar ekonomi baru, telah menimbulkan aksi-reaksi politik, dengan memunculkan sesuatu yang di sebutkan sebagai 1 Malaysia ? Apa itu 1 satu Malaysia >

4. Bagi bangsa Melayu melihat satu Malaysia itu apa ? bangsa Cina ..Bagaimana dan bangsa India pula bertanyakan kenapa ? Sudah tidak relevankah DEB, sehingga ingin menarik perhatian kepada bangsa lain pentingnya semua kaum di berikan hak persamaan......Justru itu apa pula kesannya terhadap hak keistimewaaan melayu yang di lindungi oleh Perlembagaan, manakala orang melayu terus mundur di Negara sendiri. Mundur dari aspek ekonomi, dan ekonomi yang berjaya bagi orang melayu adalah pembinaan individu tertentu sahaja, tetapi Melayu yang mewarani keseluruhan di negara ini menjadi Muram.

5. Walapun muram !!! walaupun hak mereka di pertikai bangsa sendiri dan digongong oleh bangsa lain, bangsa melayu, masih bertahan mempertahankan kuasa politik yang ada, setia melayu itu memang tidak berubah, seperti kidah hang Tuah. namun ada juga Melayu seperti Hang Jebat, melihat kezaliman dan penindasan harus di bentras dan di tentang. Bisa tentangan itu mula di rasakan.

6. Apabila raja raja melayu mengingatkan jangan langar kontrak sosial, ada juga Melayu yang tak sokong kontrak sosial, ada Melayu yang sokong kontrak sosial,..bukan itu sebenarnya persoalan utama, tetapi raja raja Melayu mengingatkan jika rakyat dibiarkan dalam keadaan sekarang pasti huru hara akan terjadi, lalu kita bertanya......Siapa yang buat hur hara ? adakah golongan politik yang berbeza fahaman dan ideologi ! atau apakah teguran raja raja melayu kepada kerajaan yang memerintah pada hari ini, lemah mengurus rakyat ? Dari Mana raja bermula untuk memperkokohkan rakyat, jika mamanda Perdana menteri tidak di senangi oleh Rakyat ?

7. Faham demokrasi adalah amalan yang teras guna di Negara ini, jika yang menentukan sesaorang itu menjadi perdana menteri kepada rakyat Malaysia hanya oleh 2,500 orang saja, adakah itu adil ? sedangkan jumlah rakyat di negara ini mencecah lurang lebih 27juta orang.
Denyut Nadi ini yang mesti di fahami oleh pemimpin, dan tentunya pemimpin tidak dapat memuaskan hati semua orang, namun boleh mengatasi dan meredakan segala sesuatu yang tidak baik menjadi baik.

8. Soalnya apakah politk Malaysia semakin reda ? atau semakin berombak, arus ombak rakyat tidak dapat di hempang lagi jika rakyat terus di bebani dengan masalah seperti:

* Pendapatan berkurangan
* Perbelanjaan yang Meningkat
* Harga barang tidak terkawal
* Hak tanah mereka di ceroboh
* Keselesaan penempatan rumah diabaikan
* Penyamun dan pencuri harta rakyat telah dapat di kesan
*Birokrasi pemerintah masih menyusahkan rakyat
* Harta rakyat tidak diurus dengan baik
* Pegawai kerajaan tidak amanah
Kesemuannya itu menjadi ? kepada rakyat..dan apakah itu menjadikan rakyat tidak marah?
dan ombak kemarahan ini adakah semakin di redakan, jika media terus menerus membeberkan kecurangan kecurangan di atas prilaku pemimpin ? amankah kita ??????????????

Bagaimana nak aman ?
Kembalilah Pemimpin dan rakyat ke jalan yang benar.
Sayangilah segala yang ada. jika suatu ketika segala galanya hilang
maka rakyat dan pemimpin akan berubah waah dan prilaku
sehingga tidak dapat membezakan kehidupan insani dan haiwani ?
Membina Malaysia yang Selamat bermula dengan akal yang sehat
dan akal yang sihat mestilah berpedoman,dan pedomanan itu
adalah nilai murni
sebagaimana dianjurkan Al quran dan Hadits.
Fikir-fikrkanlah.
Semoga rakyat dan pemimpin
dikurniakan akal yang sihat
bermulalah Malaysia yang selamat
dari huru hara.

Fikir fikirkanlah.

BERKATA BENAR DENGAN NIAT SEBENAR

Saudara Pembaca,
Sesungguhnya perkataan benar tidak boleh dianggap ringan, banyak manusia beanggapan perkataan benar itu sesuatu yang biasa, malahan mereka menyebutnya tanpa memperhitungkan kesan yang sebenar. Apa yang saya maksudkan adalah sebagai berikut:-

1. Kenyataan Pemimpin Pas mengenai isu yang di warkan oleh Media tempatan, yang menyebutkan ahli UMNO tak masuk syorga:- Kenyataan ini di nafikan oleh tok guru, tetapi media tebabit telah mengungkapkan, agar rakyat dapat menerima maklumat.....apakah maklumat kenyataan itu benar.....sedangkan tok guru nik aziz menafikannya ? sementara itu berazam untuk mengambil tindakan undang undang kepada media tersebut.

..........Apakah niat sebenar Media tersebut ?
.........Apakah niat sebenar tok guru nik aziz ?

........Sekiranya kedua dua belah pihak berniat semata mata untuk mendapatkan sokongan politik dan kuasa..........apak itu benar..........atau mereka sebarnya mengngkapkan hal yang benar itu semata mata untuk mendapatkan reda Allah s.w.t..

Fikr fikirkanlah
Bercakap benarlah
Kerana Seluruhnya akan di hiitung oleh Allah s.w.t.

Sibarkanlah apa yang benar, dan siasatlah sebelum menyambung kenyatan
yang tidak pasti benar tidaknya, supaya tiada pihak terlbat menyibar dan
mengembagkan dosa, sesungguhnya
Fikirkankanlah dengan sebenar benarnya.

ISU CALON BN DI PERMATANG PASIR

Saudara Pembaca.
Cukup berbaloi, jika timbalan perdana menteri menaggapi respon negetif dari ketua UMNO cawangan ekoran dari isu calon tersebut, yang di katakan bermasalah dari apek guaman. Tak perlu di ulas panjang lebar dan jawapan yang berjela oleh TPM, yang pasti:

APAKAH BN KETANDUSAN PEMIMPIN.

Fikir fikirkanlah.