Saudara Pembaca,
Perdana Menteri Pertama semua tahu Tunku Abdul Rahman, kedua Tun Razak, ketiga Tun Hussein, Keempat Tun Dr mahathir, ke lima Tun Abdullah Badawi, dan keenam adalah Daro Seri Najib Tun Razak. Ketujuah .....Siapa ?
Kita boleh menjangka, tetapi ketentuan adalah dari Allah s.w.t. Saya coba menghurai persitiwa iaitu sejak dari Tun Dr Mahathir mendapatkan jawatan sebagai PM, saya masih terkenang pada ketika itu Tun Hussein mengistiharkan sebab sebab kesihatan beliau berundur, ketika itu tun Hussein menangis di restrumnya, dan apakala tun Dr Mahathir ingin melepaskan jawatannya beliau juga mengistiharkan yang dia sudah lama, dan meningis juga di restrumnya, selanjutnya di gantikan dengan Tun Abdullah ahmad Badawi, saya masih ingat bacaan plan peralihan kuasa yang dibacakan oleh Tun Abdullah pada ketika itu dan sejumlah orang semua tahu masing masing memujuk tun Mahathir jangan meletakkan jawatannya, cerita ini sudah tidak asing lagi.
Seterusnya memendikkan cerita Tun Abdullah pula di desak supaya berundur kerana reputasi yang buruk sewaktu menghadapi pilihanraya ke 12, macam macam alasan diberikan dan macam macam isu kenapa tun abdullah mesti berundur, kini beliau telah berundur dan suaranya juga sudah mulai kabur, dan ketika beliau akan berundur terdapat juga plan peralihan kuasa yang di paksakan agar di percepatkan perunduran itu, dan kapten yang kehadapan mendesak adalah Tan Sri Mahyiddin Yassin, sampaikan, Tun Abdullah mengatakan kenapa mereka itu tak boleh bersabar ? Perisitwa- peristiwa ini mengingatkan kepada saya adalah seperti berikut:
APAKAH SELESAI SEMUA MASALAH JIKA TEKAN DEMI TEKANAN UNTUK MELEPASKAN JAWATAN ITU MENJADI TERAND MENDAPAT JAWATAN SECARA TIDAK TERHORMAT ?
APAKAH MEREKA TIDAK INGAT BAHAWA MEREKA JUGA AKAN BERDEPAN DENGAN HUKUM KARMA, YANG AKHIRNYA MENGHADAPI MASALAH YANG SAMA ?
KINI ;-
1. APAKAH DENGAN DATO SRI NAJIB MENGAMBIL ALIH PEMERINTAHAN NEGARA MASALAH SELESAI, NEGARA JADI MAJU, HARGA MINYAK TERUS TURUN, HARGA GLULA DAN TEPUNG TURUN, TIADA BIOKOT, TIADA DEMONSTRASI, RAKYAT JADI KAYA, NEGARA JADI MAJU, PERPADUAN KAUM SEMAKIN MEMBAIK, POLITIK NEGARA SEMAKIN TENANG, JADI SAMA SAMALAH KITA LIHAT, ADALAH SEMAKIN MEMBAIK ATAU SEMAKIN MEMBURUK ?
2. DATO SERI NAJIB DALAM PERJALAN 200 HARI MENJADI PERDANA MENTERI, APAKAH SEGALA GALANNYA AKAN BERLAKU DENGAN PENUH AJAIB, MALAHAN SUDAH 7 KALI PILIHANYAKECIL, YANG MENANG HANYA SEKALI, DI SEMENAJUNG MALAYSIA SEMUANNYA KALAH.
3. PLAN PENGAMBILAN KUASA DI PERAK, SEMUA ORANG TAHU MACAM MANA DAN APA KESANNYA, SEHINGGA KINI RAKYAT BANYAK YANG TIDAK MENGIKTIRAF KEWUJUDKAN KERAJAAN BN DI NEGERI PERAK YANG DI ANGGAP SEOLAH RAMPASAN KUASA,TERANCANG DAN TIDAK TERHORMAT, TAK PERNAH TERJADI DALAM SEJARAH MALAYSIA, JADI APAKAH INI LEBIH MEMBAIK ATAU MEMBURUK ?
*...catitan ini saya sambungkan kepada peristiwa baru terjadi hari ini(seperti mana yang saya sendiri tidak terduga
ADUN Pakatan ditangkap, SUK Perak dikawal ketat |
Sep 2, 09 10:42am | | |
ADUN Pakatan Rakyat Perak nekad untuk meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini walaupun pihak polis melarang semua pihak daripada berhimpun di bangunan sekretariat kerajaan negeri.
Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan beberapa ADUN Pakatan mula tiba di bangunan tersebut pada kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir ialah kira-kira 150 penyokong mereka.
Manakala pihak polis mengadakan kawalan ketat di sekitar bangunan tersebut oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air digunakan untuk menutup pintu belakang.
Polis juga menutup kawasan berpokok di mana ADUN Pakatan mengadakan sidang DUN Mac lalu. Kira-kira 100 anggota polis ditempatkan berkawal di situ.
Pada jam 9.45 pagi, semua wakil rakyat Pakatan dan Speaker V Sivakumar mula berjalan dari pejabat DAP Perak menuju ke bangunan sekretariat. Mereka disertai oleh kira-kira 50 penyokong.
Apabila dihalang oleh pihak polis, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham bertengkar dengan mereka mengenai perintah mahkamah melarang perhimpunan itu diadakan.
"Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka...
"Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,” tegasnya.
Mereka kemudiannya cuba meneruskan perarakan itu tetapi dihalang oleh anggota polis mencegah rusuhan. Ngeh ditangkap pada jam 10 pagi.
Turut ditangkap ialah Stanley Tan, seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, yang dikatakan turut disepak ketika ditahan.
Dia kedengaran menjerit kepada polis: "You nak kerja, kita pun nak kerja."
Turut ditangkap ialah ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chang Ming Kai. Tiga lagi yang ditangkap ialah orang awam.
Pada jam 10.20 pagi, ADUN Pakatan dan penyokong mereka berundur semula ke ibupejabat yang terletak di belakang bangunan SUK.
Di situ, Sivakumar memberitahu wartawan bahawa sidang DUN itu akan diadakan di Hotel Heritage dekat situ berasaskan kepada doktrin keperluan.
Manakala Nizar mengecam polis yang didakwanya bertindak keras ketika menangkap tiga ADUN Pakatan dan orang awam.
"Ini bukan yang mulia, tetapi mereka bersikap sedemikian," kata Nizar.
Difahamkan, Keshvinder tercedera ketika ditangkap dan telah dibawa ke hospital besar Ipoh untuk rawatan.
Kumpulan Pro-BN
Sementara itu, kumpulan kedua - penyokong BN yang memakai baju kuning - juga mula tiba di kawasan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi, sambil melaungkan slogan menyokong kerajaan negeri BN, Sultan Perak dan kesucian DUN.
Bagaimanapun, anggota polis bertindak menyeleraikan mereka. Mereka bersurai tetapi sempat menayangkan sepanduk menyokong Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan kerajaan negeri, berhampiran penyokong Pakatan.
Satu daripada sepanduk itu bertulis Dr Zambry dan kerajaan BN adalah pilihan rakyat.
Saksi mendakwa pihak polis bertindak lembut ketika meleraikan kumpulan penyokong BN itu.
Dalam satu lagi perkembangan, peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.
Perintah diperolehi pihak polis bagi menghalang perhimpunan ADUN Pakatan itu berkuatkuasa dari jam 1 pagi ini hingga 11 pagi esok.
Semalam, Ketua Polis Ipoh, ACP Azisman Alias berkata hanya kakitangan kerajaan yang bertugas di bangunan itu dibenarkan masuk hari ini.
Notis untuk mengadakan sidang hari ini dikeluarkan minggu lalu oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, yang juga ADUN Tronoh.
Speaker BN, Datuk R Ganesan bagaimanapun meminta para ADUN supaya mengenepikannya kerana ia dikeluarkan oleh sumber yang tidak sah.
)
4. FOKUS SAYA .............SIAPA SELEPAS SIAPA, BERMAKNA JIKA INI MENJADI TREAND SEPERTI DEMIKIAN, MAKA TIDAK MUSTAHIL DATO NAJIB JUGA AKAN MENGHADAPI TEKANAN DALAM BENTUK YANG KITA TIDAK TAHU, TAPI SAYA YAKIN AKAN ADA URUTAN PERISTIWA YANG SEDANG MENUNGGUNYA, MUNGKIN SIAPA TAHU TEKANAN YANG BELIAU HADAPI AKAN LEBIH DASYAT DAN SIAPA YANG BAKAL MENERAJUI KEPIMPINAN NEGARA AKAN DATANG.... TENTULAH MEREKA YANG SEDANG MERANCANG LEBIH MENGETAHUINYA.......SIAPA DIA..TANYALAH MEREKA MEREKA YANG TAKUT DENGAN BANYANG BANYANG SENDIRI, PASTI MEREKA TAHU SIAPA SELEPAS NAJIB. DAN KITA AKAN TENGOK SELEPAS INI MACAM MACAM
YANG AKAN TERJADI.
ADALAH INI PERJUANGAN PEMIMPIN KITA MASA KINI, ATAU MANA PEMIMPIN KITA YANG SETULINYA YANG DAPAT MEMBANTU NEGARA INI,
FIKIR FIKIRKANLAH.